Entri ini ditulis selepas menonton filem Puteri Gunung Ledang, tadi. TV2.
Maafkan kanda dinda.
Jika dinda izinkan kanda berpijak pada tanah ini.
Dan menghirup nafas seudara degupan jantung dinda…
Berikan petunjuk. Berikan kanda petunjuk…
Sesungguhnya, kanda cintakan dinda.
Ini ialah bait-bait kata Hang Tuah dalam filem Puteri Gunung Ledang. Sangat puitis, sangat syahdu.
Tanah mana yang aku pijak. Berdirinya aku kasih berguguran.
Pasir mana yang aku genggam. Erat tanganku semakin layu bunga berkembang.
Bumi luas, aku sorang.
Rintih hati seorang lelaki melayu.
Kanda lupa cinta dinda seagung maya.
Cinta kanda, bukan semesta luasnya?
Masih kecil berbanding cinta dinda!
Tapi kanda ke mari juga.
Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga.
Terkesan sungguh ayat-ayat cinta yang puitis ini.
Untuk diri ini, ini paling sesuai.
Apakan daya, tangan terikat dilangit, kaki terpasak dibumi, jasad tidak setanding mimpi. ~Hang Tuah~
tak berkesempatan utk menonton hingga habis…sbb dah tewas dgn mata yang mengnatuk minta ditutup….haha
Ali : Daku siap boleh sambung menonton Chelsea lwn Liverpool… huhu!