“Badan penat. Nak ke reunion majlis Lutfi & Fisha, tak laratnya!” saya berkata dalam hati.
“Aik?! Malam ni ada reunion. Esoknya di tempat sama, ada jemputan kawan anak aku,” ayah berkata dalam hati.
Dua-dua berkata dalam hati. Maka, dua-dua tak pergi. Huhu!
M.L.O & Fisha
Tahniah untuk dua orang rakan saya ini. Sudah lama disatukan, sejak Februari. Tadi majlis belah lelaki.
Sempat juga berjumpa rakan lama matrikulasi, Nasrul Hadi dan Wahyuni. Ayah pun sama, jumpa rakan-rakan lama. Rupa-rupanya, ayah Lutfi sama tahun lahir dan sama sekolah dengan ayah saya. Itulah, malam sebelumnya dua-dua tak ke reunion, kalau tidak, sudah tentu lebih meriah dan teruja!
Seronok melihat persembahan yang pelbagai di majlis Lutfi & Hafishah; zapin, ghazal. Dan yang paling menarik, kumpulan Voice of Men, kumpulan nasyid Lutfi. Terkumat-kamit mulut Lutfi di atas pelamin, hendak menyanyi sama.
Fairus & Fiza
Tahniah buat sepupuku, Cikgu Fairus yang disatukan dengan Cikgu Fiza. Nak dijadikan cerita, Cikgu Fairus ni dulu sama sekolah dengan Cikgu Hafishah. Dekat-dekat je majlis korang kan….
First time saya jadi bestman. Cikgu Fairus kata, die pernah sekali sahaja jadi bestman. Dua bulan berikutnya, die kahwin. Adakah aku akan mengikut jejak langkahnya dalam masa dua bulan?! Haha!
Nyanyi
Sepeti biasa, majlis perkahwinan ada set karaoke dan DJnya. Barulah saya hendak mula menyanyi semula. Sudah empat bulan rasanya tidak berkaraoke. Empat bulan sudah cukup untuk membuatkan saya hilang suara. Oh, sudah empat bulan juga tidak mendengar Panggilan Hangit dan Can I Help You? (Yang ini tiada kena-mengena dengan nyanyian ya!)
Terima kasih buat Fairus & Fiza, kerana majlismu buat saya ingin menyanyi-nyanyi semula.
Ali… Sahabat sy dunia akhirat..
Sy hrp sy tidak putus sahabat dgn awk…
Terima kasih
Ali : Sama-sama. Sudah empat bulan tidak dengar panggilan hangit.
Reunion Kedua Dalam Bulan Mac 2011 12/3 Ke Taiping Rombongan Pengantin 19/3 Majlis Persandingan Pengantin Yang Sama
Same goes to me.. Bila agaknya nk dgr semula? Huhu..
Ali : Tak perlu…
Bukan abg fairus la yg kata dia kawin 2 bln lps jd pengapit. kak fiza la yg kata. 😛
Ali : Lantak la… Yang penting, I dah jadi…