Muzikal

20 06 2011

“Sayangnye mu tak pergi teater The Curse tu. Best!”

Pn Norfadzleen berkata begitu pada saya. Memandangkan saya memang suka menonton muzikal, saya memang terasa rugi. Sedangkan malam yang sama (18 Jun lepas), saya merewang sampai ke Kota Iskandar. Haha!

Teater muzikal The Curse yang dipentas di DSI UTM tempoh hari merupakan naskah literature component untuk subjek bahasa Inggeris SPM, dipentaskan oleh pelajar SMK Permas Jaya 3. Katanya, diarahkan oleh warga ASWARA. Memang rugi la! (Dan untuk makluman semua, banyak lagi pementasan di venue berbeza; Johor Jaya, Pagoh, Segamat, dan Kluang). Maklumat lanjut, sila ke http://thecursetheatre.blogspot.com/.

The Lion King

Saya juga sangat teruja apabila mendapat tahu yang The Lion King Musical kini dipentaskan di Singapura. Teruja yang amat! Jika diikutkan hati, memang hendak ke sana. Pedulikan Universal Studios yang belum saya kunjungi itu, saya lebih berminat untuk menonton versi muzikal The Lion King itu. Tiket paling murah? SGD65. Pergh!!! Lantas saya hanya mendownload album The Lion King (1997 Broadway Cast) untuk mengurangkan keterujaan itu. Dan klip di bawah ini ialah salah satu lagunya, iaitu Shadowland. Pencinta The Lion King pasti menggemari lagu ini.

The Secret World of Nora

Ini satu lagu muzikal yang menimbulkan rasa excited berlebihan. Apabila Tiara Jacquelina mengumumkan ingin mementaskan satu muzikal lagi, saya terasa ingin menontonnya. Tetapi, niat itu dipendamkan dahulu. Muzikal terakhir saya tonton ialah Terima Kasih Cinta. Yang syahdu…

Terbaik?!

Muzikal terbaik pernah saya tonton? Sudah pasti P.Ramlee The Musical musim pertama. Sehingga kini saya mengharapkan Puteri Gunung Ledang The Musical dipentaskan semula. Saya sudah berulang kali mendengar soundtracknya, tetapi tidak pernah berpeluang menonton pementasannya.

Tetapi ada yang mengatakan, P.Ramlee The Musical lebih hebat? Entahlah!





Maharaja Lawak, Kongsi, KL Gangster

17 06 2011

Tajuk entri ini merupakan fenomena yang melanda anak-anak murid saya.

Memetik kata-kata yang telah ditulis oleh rakan saya, Cikgu Dahlia;

nak ucapkan tahniah pada Pengarah,Pelakon,Penulis Skrip Filem KONGSI..sangat berjaya..!sebab anak-anak murid berjaya menghafal/mengulang dialog filem yang tiada motif dari apa yang diajar.. 😦
PnP berkesan dari mereka!

Benar! Saya tidak boleh menafikan kebenaran tulisan ini. Kalau dilihat, anak-anak murid saya di sekolah memang lebih mudah menghafal dialog itu semua berbanding apa yang diperkatakan di kelas.

Namun, gunakan situasi ini semua sebagai satu kekuatan, satu kelebihan. Untuk apa? Untuk menarik perhatian mereka di kelas. Sekali-sekala, selitkan dialog ini dalam sesi P&P, agar terbuka mata-mata yang mengantuk itu.

Menarik bukan, sekiranya kita marah di dalam kelas dengan menyebut, “G-R-R-R-R-R grrrrrrrrrrr….. kalau saya tambah ‘r’ lagi, habislah kamu semua!”

Bukankah menjadi guru itu perlu rajin membuat paperwork kreatif?!





First Class

16 06 2011

Mengapa tajuk entri ini ‘First Class’?

Kerana saya amat tertarik dengan filem X-Men yang terbaru ini; X-Men : First Class.

Ada yang berpendapat, filem ini okay sahaja. Bagi saya, filem ini menarik. Amat! Walaupun ia merupakan sebuah re-boot untuk filem Hollywood, tetapi tetap ada kesinambungan dengan siri filem sebelum ini. (Tertarik dengan adegan semasa Prof X dan Erik berjumpa dengan Wolverine). Dan lagi satu yang menarik, muziknya. Buat pertama kalinya, setelah muzik tema villain Darth Vader pada tahun 1980an, muzik tema Magneto dalam filem ini sangat terkesan dengan wataknya. Sangat!

Kesan

Namun yang saya ingin tekankan ialah soal pilihan. Dalam filem ini, watak Erik Lensherr a.k.a Magneto sangat dominan. Terlalu besar kesan peristiwa yang berlaku ke atas dirinya, hingga melahirkan insan seperti Magneto itu. Sungguhpun bersahabat baik dengan Prof Charles Xavier, tetap tidak dapat mengubah pendiriannya (semasa Magneto mengambil keputusan untuk memusnahkan kesemua kapal perang AS dan Soviet).

Watak Darth Vader dalam Star Wars juga begitu. Apabila Anakin Skywalker terlalu terkesan dengan apa yang berlaku ke atas dirinya (dan emaknya), akhirnya mengambil jalan yang salah untuk memilih jalan hitam (Dark Side of The Force) hinggakan guru merangkap mentor merangkap sahabat malah diakui seperti abang sendiri iaitu Obi-Wan Kenobi pun gagal merubah pendirian Darth Vader.

Pilihan

Apabila dikaitkan dengan dunia saya sebagai warha pendidik, semuanya terletak pada pilihan diri. Seorang guru hanya mampu bertindak umpama membawa kuda kepada air; terpulang kepada kuda itu sama ada untuk minum air itu ataupun tidak. Terpulang kepada para pelajar sama ada untuk memilih jalan yang baik, atau jalan yang tidak baik.

Perlu diingat! Kesemua pilihan pelajar itu bergantung kepada persekitarannya. Jika Magneto dan Darth Vader telah menerima layanan buruk dalam hidup, pilihan mereka jelas dan nyata akan ke arah kejahatan. Maka, saya tidak mahu menjadi seorang guru yang boleh menyebabkan pilihan anak murid saya ke arah kejahatan. Walaupun ada ketikanya terdetik di fikiran saya, amat cool menjadi seperti Magneto! Haha!

Penutup entri ini, saya ingin memetik beberapa baris ayat yang dikarang oleh Dorothy Law Nolte, seorang penulis puisi berkaitan keibubapaan (parenting). Saya pernah menulis puisi ini dalam entri sebelum ini. Dan perlu diingat, ilmu takkan luntur dek ulangan.

If children live with hostility, they learn to fight.
If children live with acceptance, they learn to love.
If children live with sharing, they learn generosity.
If children live with kindness and consideration, they learn respect.
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.

Di sekolah saya, puisi ini dipapar sebesar-besarnya di atas banner. (Diterjemah dalam Bahasa Malaysia)

Dan saya rasa, kata-kata di banner ini ialah untuk guru, dan bukannya murid.





Perkhemahan 2011

3 06 2011

Ada pelajar bertanya kepada saya, “Cikgu, cikgu ni tak macam cikgu lain la. Cikgu layan kepala dengan kitorang!”

Mungkin ada yang beranggapan bahawa itu tidak sepatutnya berlaku, tetapi saya anggap ia sebagai satu pujian.

Cukuplah sudah ada guru-guru yang serius. Cukuplah sudah ada guru-guru yang garang. Cukup jugalah ada guru-guru yang bagai tidak ambil pusing dengan apa-apa. Biar saya jadi yang satu itu.

Nyata bila dinilai kembali, mengapa saya menjadi cikgu sebegini? Saya harus katakan bahawa inilah hasil didikan saya di sekolah dahulu. Saya dibentuk dengan ukhuwah sebaiknya dengan guru-guru, malahan dengan staf sekolah juga. Hujung minggu di bilik waden, pergi ke bank di pekan pada hari biasa dengan cikgu, berborak-borak tentang pelbagai perkara di bilik guru dan di tepi padang, ziarah rumah pembantu makmal. Pernah juga diundang oleh ustazah untuk berbuka puasa di rumahnya.

Pernah saya menulis di blog ini,

If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.
Jika seorang kanak-kanak hidup dengan suasana ramah-mesra, mereka belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang indah untuk kehidupan.

Saya mahu anak-anak murid saya belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang indah, maka saya amalkan keramah-tamahan itu. Tidak salah, bukan? Biarlah…

Perkhemahan

Sebenarnya, semua ini ialah refleksi diri selesai perkhemahan tempoh hari. 3 hari 2 malam yang menarik di Gunung Belumut benar-benar memberikan pengalaman indah untuk saya. Mendaki bukit, menuruni lurah, mandi di sebatang sungai (memetik kata-kata Hafis Salimin), memasak telur, seronok!

Buat anak-anak murid, terima kasih atas kerjasama kalian. Tidak keterlaluan andai saya rasakan yang kalian merupakan peserta terbaik yang saya pernah jumpa sejak kali pertama saya menyertai perkhemahan seumpamanya bermula 2009. Jujurnya, saya begitu terharu dengan Hafis Salimin. Selaku penghulu (dan peserta lelaki terbaik), saya harus katakan yang beliau telah melakukan tugas dengan sempurna. Sangat sempurna. Termasuklah mengejut saya pada jam 4.00 pagi kerana generator kehabisan minyak. (Bersopan sungguh cara mengejutkan saya, menepuk-nepuk hujung tapak kaki…)

Dan terima kasih tidak terhingga buat barisan rakan guru. Tanpa kalian, perkhemahan ini tidak akan menjadi nyata. Dan penghargaan ini saya khususkan buat tonggaknya; En Mohd Faisal, Pn Norhaimi dan Pn Aishah. Terima kasih…

Kredit untuk gambar di bawah; Pn Norliza Mohamad, Anis Suaidah. (klik untuk besarkan)

Sudah hampir setahun sejak perkhemahan tahun lepas…