“Sayangnye mu tak pergi teater The Curse tu. Best!”
Pn Norfadzleen berkata begitu pada saya. Memandangkan saya memang suka menonton muzikal, saya memang terasa rugi. Sedangkan malam yang sama (18 Jun lepas), saya merewang sampai ke Kota Iskandar. Haha!
Teater muzikal The Curse yang dipentas di DSI UTM tempoh hari merupakan naskah literature component untuk subjek bahasa Inggeris SPM, dipentaskan oleh pelajar SMK Permas Jaya 3. Katanya, diarahkan oleh warga ASWARA. Memang rugi la! (Dan untuk makluman semua, banyak lagi pementasan di venue berbeza; Johor Jaya, Pagoh, Segamat, dan Kluang). Maklumat lanjut, sila ke http://thecursetheatre.blogspot.com/.
The Lion King
Saya juga sangat teruja apabila mendapat tahu yang The Lion King Musical kini dipentaskan di Singapura. Teruja yang amat! Jika diikutkan hati, memang hendak ke sana. Pedulikan Universal Studios yang belum saya kunjungi itu, saya lebih berminat untuk menonton versi muzikal The Lion King itu. Tiket paling murah? SGD65. Pergh!!! Lantas saya hanya mendownload album The Lion King (1997 Broadway Cast) untuk mengurangkan keterujaan itu. Dan klip di bawah ini ialah salah satu lagunya, iaitu Shadowland. Pencinta The Lion King pasti menggemari lagu ini.
The Secret World of Nora
Ini satu lagu muzikal yang menimbulkan rasa excited berlebihan. Apabila Tiara Jacquelina mengumumkan ingin mementaskan satu muzikal lagi, saya terasa ingin menontonnya. Tetapi, niat itu dipendamkan dahulu. Muzikal terakhir saya tonton ialah Terima Kasih Cinta. Yang syahdu…
Terbaik?!
Muzikal terbaik pernah saya tonton? Sudah pasti P.Ramlee The Musical musim pertama. Sehingga kini saya mengharapkan Puteri Gunung Ledang The Musical dipentaskan semula. Saya sudah berulang kali mendengar soundtracknya, tetapi tidak pernah berpeluang menonton pementasannya.
Tetapi ada yang mengatakan, P.Ramlee The Musical lebih hebat? Entahlah!
ali! nak menonton juga! shahida dah sebok usha2 harga ke singapura. siap nak naik flight. haha… tapi convert ke rm. rm210. waweeeeee!! mahal tuuuu! even dulu tengok PGL pun harga tiket rm22. haha…
Ali : Kalian pernah menonton PGL??? Benci!