Dark of the Moon

13 12 2010

Bulan merupakan satelit semulajadi Bumi. Bentuknya sfera. Uniknya tentang bulan ialah, tempoh putarannya pada paksi sama dengan tempoh peredarannya mengelilingi bumi. Akibatnya, bulan hanya menunjukkan permukaan yang sama kepada warga planet biru ini. Bahagian satu lagi? Itulah bahagian yang seringkali diberi gelaran ‘Dark side of the Moon‘. Bahagian ini bukanlah gelap. Tidak. Cuma ia tidak kelihatan dari Bumi. Panggilan lebih tepat sepatutnya  ‘Far side of the Moon‘.

Namun, tujuan entri ini ditulis, adalah untuk maklumkan tentang filem terbaru Transformers, yang bertajuk ‘Dark of the Moon’. Plot cerita, setakat yang didedahkan ialah :

In 1969, the Apollo 11 moon landing mission ventures onto the far side of the moon for a top-secret mission. For the next twenty-one minutes, they document the wreck of a Cybertronian spacecraft with no survivors, confirming that mankind is not alone in the universe. Forty years later, the secrets of that mission are uncovered.

Tidak sabar.





AF dan muzikal

3 05 2009

Malam tadi, konsert AF menampilkan tema yang menarik.

Semua pelajar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu dari 3 muzikal teater; Puteri Gunung Ledang, P.Ramlee dan Impak Maksima. Tiada pula terselit Sirah Junjungan, muzikal juga kan?!

Mungkin ramai di luar sana yang tidak pernah menonton muzikal-muzikal ini. Saya pun hanya menonton P.Ramlee The Musical, mendengar soundtrack PGL, dan tiada berminat menonton Impak Maksima.

Persembahan pelajar-pelajar AF memberikan satu impression baru. Pelakon-pelakon muzikal di Malaysia memang hebat dalam nyanyian.

Ambil Akim sebagai contoh, lagu ‘Titah Sultan’ lebih sedap dinyanyikan penyanyi asalnya iaitu Adlin Aman Ramlie. Begitu juga lagu ‘Katakan’ oleh Claudia, versi asalnya oleh Tiara Jacquelina jauh lebih enak didengar.

Lagu yang paling menarik perhatian saya ialah ‘Mulanya Cinta’. Lagu ini pada asalnya dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza, dengan diiringi orkestra pimpinan Erwin Gutawa semasa P.Ramlee The Musical musim pertama. Hasilnya, sangat mengujakan! Namun, semasa musim kedua pementasan muzikal ini, lagu ini dan watak Azizah dipegang oleh Emelda, yang saya rasanya nyanyiannya biasa sahaja. Namun, setelah mendengar Isma menyanyikan lagu ini, saya merasakan yang Emelda jauh lebih baik daripada Isma, atau dengan kata lain, saya tidak suka ‘Mulanya Cinta’ versi Isma.

Hafiz menyanyikan lagu P.Ramlee. Tidak berani saya ingin komen tentang masterpiece ini. Yazid dan Aishah pula biasa-biasa sahaja.

Kepada principal Tiara, bila hendak pentaskan muzikal lagi?





Album baru In-team

17 04 2009

Satu album baru yang berbaloi jika dibeli.

inteam-allahu-rabbi-2009

Kumpulan nasyid In-Team telah tampil dengan album baru berjudul ‘Allahu Rabbi’.

Saya begitu tertarik untuk membuat promosi.

Mengapa? Kerana setelah sekian lama, In-Team akhirnya kembali menyatukan kesemua vokalis yang sedang dan pernah menganggotai kumpulan ini iaitu Syah, Rahim, Hazamin, Suhaimi (suami Ina Naim) dan Syam (vokalis Dehearty).

Lagu-lagunya pun sedap. Track paling saya sukai ialah Hamzah Asadullah dan Hanya Takdir (Untuk Palestin) yang mana liriknya ditulis oleh Habsah Hassan. Dalam laman web In-Team, pabila ditanya tentang adakah akan wujud lagi berunsur cinta manusia dalam album, In-Team menegaskan “tiada lagu seperti itu lagi daripada kami”.

Namun, saya lebih gembira jika narration seperti album Kasih-Kekasih, Impian Kasih dahulu diwujudkan kembali…

Maka, belilah satu hari ini!

p/s : Saya sudah seminggu menjalani alam pekerjaan. Seronok!





Geng : A new saga begins…

20 02 2009

Akhirnya, berjaya mendapatkan tiket untuk menonton Geng.

Pengembaraan bermula…

upin-ipin-2

Masa saya belajar KOMSAS di sekolah dulu, setiap cerita ada pendahuluan, konflik, klimaks dan peleraian cerita, barulah menarik cerita tersebut. Saya bukannya pengkritik filem yang bagus, tetapi melalui pengamatan saya, filem ini memang memenuhi elemen-elemen ini dengan baik sekali.

Paling membuat saya teruja ialah kualiti bunyinya. Saya kagum dengan efek bunyi yang digunakan, terutama sekali tatkala adegan dikejar ular raksasa. ”Di Sebalik Tabir Geng’ memaparkan bahawa semua efek bunyi direka sendiri oleh krew Geng. Tabik spring!

Filem Malaysia kebanyakannya menggunakan dubbing suara setelah selesai penggambaran. Kadang-kadang, kualiti bunyinya menjengkelkan. Berbeza dengan filem lain, Geng mempunyai efek suara yang baik. Kalau jauh Upin dari layar, jauhlah efek suaranya. Kalau dekat angsa dengan penonton, dekatlah efek bunyiknya. Sempurna!

Dahulu, semasa filem animasi ‘Silat Legenda’, penerbitnya telah menggunakan khidmat Zainal Abidin untuk lagu tema. Filem ‘Putih’ pula menggunakan nama-nama besar untuk suara. Tetapi filem ini? Saya tidak jumpa. Inilah yang menjadikan filem ini begitu istimewa. Cukup dengan tagline ‘betul betul betul…”

Cuma adegan kejar-mengejar yang begitu menarik bagi saya, mungkin akan menjadi menyeramkan dan menakutkan untuk kanak-kanak. Semasa saya penonton, banyak jeritan boleh didengari. Dari sudut positifnya, filem ini berjaya membuatkan penonton menjiwai penceritaan, seolah-seolah sebahagian daripada watak dalam cerita.

Saya bangga dengan filem ini. Produk graduan Malaysia!

p/s : Semasa entri ini ditulis, Cikgu Maisarah baru keluar dari pawagam. “Bunyi die best! Upin dengan Ipin comel la.”





Muzik dan Filem

4 01 2009

Duduk di rumah, peluang menonton TV sentiasa ada.

Baru-baru ini menonton Bujang Senang di salah satu saluran ASTRO, saya terlupa salurannya. Tiba-tiba, dapat satu idea untuk entri di blog ini.

Saya bukanya pakar perfileman, bukan juga seorang yang pernah mengarah atau menulis skrip sesebuah filem. Tetapi, saya begitu hairan dengan kualiti filem tempatan, yang begitu dibanggakan oleh sesetengah pengarah dan produser.

Entri kali ini, saya ingin menyentuh tentang muzik latar yang mewarnai sesebuah filem.

Filem Hollywood, ataupun filem-filem negara lain seringkali tampil dengan muzik tema tertentu. Dengar sahaja muziknya, sudah tahu apa judulnya. Ramli MS pernah memuji tentang kehebatan penyusun muzik handalan seperti John Williams, bagaimana beliau sentiasa mempunyai idea terbaik untuk filem-filem seperti Star Wars, Indiana Jones, Harry Potter, Jurassic Park dsb.

Ya! Tidak adil untuk bandingkan filem kita dengan filem luar. Tetapi, apa salahnya jika aspek muzik juga diberi penekanan supaya filem kita nampak segar.

Bukannya tidak boleh buat. M Nasir pernah memberi sentuhan emas untuk runut bunyi Puteri Gunung Ledang. Adnan Abu Hassan juga telah membuat susunan muzik yang simple tetapi boleh diingati dalam Trauma.

Lain pula ceritanya dengan filem Bujang Senang. Muzik filem ini ada sebahagiannya dipetik daripada runut bunyi filem “The Litte Mermaid” terbitan Disney. Begitu juga filem Jutawan Fakir, ada mengambil muzik daripada filem “Mulan”. Filem dari syarikat Skop Production pula sudah berulang kali menggunakan efek muzik dan bunyi yang sama, sejak Maria Mariana, Janji Diana, Sembilu 2005 dan banyak lagi.

Saya tahu perkara ini, kerana saya sangat berminat mendengar runut bunyi filem, terutamanya filem asing. Dan acapkali saya gunakan muzik dari runut bunyi ini, untuk video/presentation saya semasa di universiti. Maklumlah, masih lagi amatur, tidak mampu karang muzik sendiri.

Maka, saya ingin bertanya, adakah penyusun-penyusun muzik untuk filem di Malaysia ini masih bertaraf amatur seperti saya yang menggunakan muzik import untuk video? Ataupun saya yang sudah professional seperti mereka, pandai crop muzik, kemudian selitkan sahaja dalam filem atau video…

Mungkin penonton yang jarang dengar lagu soundtrack tidak sedar. Tetapi, bagi yang selalu mendengarkannya, rasa amat pelik dan jelik. Buatlah muzik baru, tidak perlu guna orkestra pun. Janji, filem itu dapat memberikan sesuatu yang segar.





Star Wars dan TARA

23 11 2008

Semua pendebat di IPTA seluruh negara sedang berhempas-pulas berlatih dan membuat persediaan. Baguslah! Tetapi, jangan terlalu fokus kepada latihan semata-mata. Hak-hak anda terhadap benda lain juga perlu diselesaikan. Lu pikirlah sendiri.

Usul sudah keluar. Research dan bedah usul sedang rancak diadakan. Banyak usul yang dicadangkan. Jujurnya, banyak usul yang nampak grand, tetapi wording di dalam usul tidak berapa sesuai. Usul yang perlu berat tiada perkataan pemberatan, usul yang tidak perlu sempit dikecilkan skopnya. Tetapi, itu yang menarik untuk perdebatan. Saya tidak mahu komen banyak tentang usul, nanti seolah-olah memberi mindset kepada sesiapa pula terutamanya hakim.

amazingraceasialogo

Apa yang saya hendak cerita kali ini adalah berkenaan season finale The Amazing Race Asia (TARA) musim ke-3. Saya rasa, ramai sudah maklum yang pasukan Malaysia, diwakili oleh Ida Nerina dan Tania Khan hanya mampu memperoleh tempat ke-3. Tahniah! Walaupun tidak menggondol gelaran juara, banyak pengajaran yang kita boleh belajar. Paling penting, jangan buat teammate anda stress dan tension!

theclonewars_logo

Selain TARA, saya juga sekarang ini mengikuti satu siri animasi terbaru di Cartoon Network. Hendak tonton di ASTRO, tiada kesempatan. Maka, teknologi internet digunakan. Muat turun sahaja siri ini di internet. Kepada peminat Star Wars, jangan ketinggalan untuk menonton siri ini.

Apa-apapun, semoga semua pendebat IPTA memberikan yang terbaik dalam debat diraja nanti. Ucapan khas good luck dan semoga berjaya buat semua…

(Entri ini adalah sekadar memenuhi masa lapang. Tiada idea sebenarnya…)





Quantum of Solace

8 11 2008

AMARAN : Spoiler di dalam entri ini. Tidak sesuai untuk yang belum menonton.

qos-teaser

Malam tadi berpeluang menonton filem Bond terbaru. Di Cineleisure Damansara.

Daniel Craig kembali sebagai Bond (yang tidaklah hensem pun). Yang menariknya, filem ini merupakan lanjutan daripada Casino Royale, yang mana Bond menyiasat tentang organisasi yang diterajui oleh Mr White, seorang penjenayah yang ditangkap oleh Bond di penghujung filem Casino Royale.

Mr White

Mr White

Dari situ, bermula satu atmosphere filem yang sudah lama saya tidak rasa sejak Kiss of The Dragon; tiada seorang pun yang boleh dipercayai!

Watak antagonis dalam filem ini ialah Dominic Greene, seorang ahli pergerakan yang dinamakan Quantum, mempunyai syarikat utiliti, yang berselindung di sebalik wajah seorang pejuang alam sekitar. Greene bekerjasama dengan Jeneral Medrano, untuk memperoleh tanah serta kontrak membekal air bersih di Bolivia, sebagai pertukaran Greene membantu Medrano menggulingkan kerajaan Bolivia.

Greene

Greene

Bond sentiasa mengekori Greene. Dari Haiti, ke Austria, dan akhirnya ke Bolivia. Semasa menjejaki Greene, Bond mendapati ada seorang gadis bernama Camille yang rapat dengan Greene ini, namun Greene cuba untuk membunuh Camille, dan diselamatkan oleh Bond dalam adegan kejar-mengejar dalam motobot yang menarik.

Semua pihak menyangka, Greene ingin mencari minyak di Bolivia, malah semasa ‘mesyuarat’ pergerakan Quantum di persembahan Tosca di Autria, perbincangan yang didengari oleh Bond ini juga menggambarkan usaha Quantum untuk memperoleh minyak, kerana mereka berbincang tentang ‘pembelian paip’. Kebijaksanaan Bond, membolehkan beliau menjejaki ahli-ahli pertubuhan Quantum, namun kelicikan Mr White menyebabkan Bond gagal menyedari kehadiran beliau.

Bond mengekori Greene ke mana-mana sahaja. Dari Haiti, ke Austria, akhirnya ke Bolivia. Segala-galanya terbongkar apabila Bond mendapati bahawa bukan minyak yang dikejar oleh Greene, tetapi sumber bekalan air bersih Bolivia yang ingin didominasi.

Filem ini berakhir dengan Bond menjejaki semula kekasih Vesper Lynd, yang sebenarnya juga ahli kumpulan Quantum yang berpura-pura mencintai Vesper, agar beliau dapat mencari dana dan aset untuk Quantum. Kiranya, dendam Bond terbalas, mengetahui siapakah ‘kekasih’ Vesper Lynd itu, dan berjaya meng’kantoi’kan identitinya.

Namun, Mr White masih lagi terlepas…

Apa yang menarik tentang filem ini?

1. Aksi pantas berlawan, bertumbuk, kejar-mengejar yang membuatkan saya teruja. Paling menarik, adegan pembukaan filem, Bond dikejar dalam kereta Aston Martin DBS warna kelabu. Nak satu boleh?

spy-videos-aston-martin-dbs-on-set-for-i-quantum-of-solace-i

Untuk shooting adegan kejar-mengejar di awal cerita ini, enam kereta Aston Martin digunakan, sehingga musnah.

2. Watak James Bond ada karakter! Ego, determined, degil. Kalau sebelum ini, Bond seolah-olah macam robot, menerima arahan M, kemudian menyelesaikan tugasan.

3. Cerita ini merupakan lanjutan daripada Casino Royale, yang mana tiada filem James Bond sebelum ini yang bersambung-sambung.

4. Sebagaimana yang saya katakan, sudah lama tidak merasa filem yang mewujudkan perasaan “tiada siapa yang boleh dipercayai”.

5. Mula-mula dengar lagu Another Way to Die, macam tidak menarik. Tetapi, setelah dengar berulang-kali, sedap juga lagu ini!

6. Watak M sangat dominan dalam filem ini, tidak seperti filem Bond sebelumnya.

7. Sebagaimana filem Casino Royale, Bond tidak bergantung kepada gadget canggih ciptaan Q. Baguslah, menggunakan gadget canggih ni sangat klise bagi cerita ejen penyiasat.

8. Apa yang pasti, filem ini menggunakan daya cerap yang tinggi! Kepada pendebat, filem ini medan yang bagus untuk latihan cerapan!

9. Adegan gun barrel sequence kembali seperti filem James Bond yang klasik. Tetapi adegan ini, di hujung filem ya!

Apa-apapun, filem ini boleh menjadi satu naskhah yang sangat disukai, atau sangat tidak disukai. Bergantung kepada anda.





Al-kisah ‘Media Alternatif’ II

7 11 2008

Saya pernah tulis tentang ranking UM, dan harga minyak, yang isunya dimainkan oleh media alternatif ini.

Tidak cukup dengan isu-isu itu, harakahdaily bercerita pula tentang filem.

Kali ini, artikelnya bertajuk Ada apa dengan Eagle Eye. Penulisnya memang selalu menulis di harakahdaily, dengan nota kakinya ‘sekolah pemikiran kampung baru’.

Tetapi, saya kesal. Interpretasi beliau terhadap filem ini, kurang tepat. Salah faham telah berlaku. Lain kali tonton filem tu, kalau hendak buat entri, buat kajian dan catatan ya!

Mari kita semak satu persatu ya…

Kisahnya bermula ketika sekumpulan pasukan risikan tentera mahu membunuh seseorang pengganas yang bernama Majid al-Khoei. Apabila mereka berjaya mengesan kedudukan Majid, tiba-tiba sistem mengirim pesanan, imbasan bahawa sasaran yang mereka cari itu mungkin bukanlah pengganas.

Timbul perbalahan antara pasukan inteligensia, samada mereka mahu teruskan serangan itu atau tidak. Hal itu seterusnya dimajukan kepada Presiden Amerika. Presiden akhirnya cuma berkata, jika sasaran itu benar-benar Majid, maka kedudukan negara republik akan terancam jika sasaran itu tidak dibunuh.

Presiden tidaklah memberikan satu arahan mutlak. Bagaimanapun, pasukan inteligensia telah menarik balik serangan ke atas sasaran tersebut dengan alasan, mereka bimbang kalau-kalau orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Apa yang berlaku, sistem komputer memberi cadangan supaya misi dibatalkan, dan dipersetujui oleh Setiausaha Pertahanan, tetapi presiden As dalam filem tersebut memberikan arahan supaya misi tersebut diteruskan. Silap pemahaman ni.

Bagaimanapun, ketika arahan menarik balik serangan bom C4 diberikan, tiba-tiba sistem komputer tidak mengendahkan arahan pihak inteligensia itu. Sistem komputer ini, malah sebaliknya telah mencipta arahannya sendiri lalu tetap meneruskan serangan tersebut.

Kebenarannya ialah, komputer tetap melarang, namun disebabkan arahan presiden, cadangan oleh sistem komputer diabaikan dan bom dilancarkan. Dan saya rasa, bukan bom C4 yang digunakan, sebaliknya peluru berpandu dilancarkan. Silap pemahaman lagi ni.

Maka di sinilah bermulanya masalah yang ditimbulkan oleh Eagle Eye. Tetapi, perbezaan antara penggunaan bom C4 di dalam filem tersebut dengan penggunaan bom C4 di dalam pembunuhan wanita Monggolia itu ialah bom C4 itu digunakan melalui arahan manusia, sedangkan bom C4 di dalam filem itu diarahkan oleh sistem komputer.

Nyata silap. Pelancaran bom dalam filem itu juga dibuat oleh manusia, di mana saranan sistem komputer diabaikan. Silap fahaman untuk kali ke-n.

Rupa-rupanya dalam kejadian itu juga, seorang tentera inteligensia bernama Ethan Shaw telah dibunuh sistem Eagle Eye ketika beliau memberi arahan menarik balik serangan ke atas sasaran tadi. Ethan bukan dibunuh oleh manusia, tetapi sistem komputer!

Ethan bukannya cuba beri arahan menarik balik serangan itu, tetapi Ethan telah menghentikan keupayaan sistem komputer (yang bernama ARIA) itu untuk melaksanakan plan untuk membunuh presiden. Sebab itu ARIA perlukan Jerry untuk restore semula keupayaan ARIA. Salah tonton!

Eagle Eye menjalankan operasinya memantau pergerakan di seluruh dunia melalui satelit. Sistem ini berkebolehan mendesak mereka yang ada kepakaran tertentu untuk membantu Jerry dan Rachel. Ringkasnya, Rachel, Jerry dan semua manusia ini seolah-olah dijadikan sebagai bidak catur bagi menunaikan impian Eagle Eye untuk menukar kerajaan A.S.

Jerry bukannya catur, tetapi die adalah kunci yang membolehkan ARIA membunuh presiden.

Apabila kerajaan korup, maka rakyat itu berhak menumbangkannya. Saya hairan bagaimana penulis boleh mengiyakan pernyataan ini. Pemahaman penulis yang salah, sejak awal tontonan filem, telah menggambarkan sebenarnya komputer yang korup, bukannya kerajaan. Tiba-tiba setuju akan kerajaan yang korup!

Mungkin banyak sangat berfikir, sehingga penulis artikel itu gagal untuk mencerap.

Bak kata Prof Rahman Shaari, kalau rajin sangat membangkang, selamanya akan berada di baris belakang!





James Bond : 7 perkara tentang 007

4 11 2008

Tidak sabar hendak menonton Quantum of Solace. Tetapi, bila ya?! Dalam musim peperiksaan begini, masa itu emas. Nanti la fikir kemudian.

Seperti biasa, saya ingin berkongsi. Kali ini? Tentang perkara-perkara yang sangat sinonim dengan filem-filem francais James Bond sejak filem pertamanya bertajuk Dr No pada tahun 1962.

1. Setiap filem mesti mempunyai adegan ‘gun barrel sequence‘. Adegan ini menunjukkan James Bond berjalan, kemudian berpaling ke arah kamera dan melepaskan tembakan, yang akhirnya disudahi dengan efek darah mengalir di skrin. Setiap pemegang watak mempunyai signature tersendiri dalam adegan ini.

Bob Simmon adalah stunt double bagi Sean Connery dalam filem Dr No pada tahun 1962.

Bob Simmon adalah stunt double bagi Sean Connery dalam filem Dr No pada tahun 1962.

Sean Connery mula melakonkan adegan ini dalam filem Thunderball (1965).

Sean Connery mula melakonkan adegan ini dalam filem Thunderball (1965).

George Lazenby (On Her Majestys Secret Service, 1969) merupakan satu-satunya James Bond yang berada dalam keadaan 'melutut' semasa mengambil tembakan.

George Lazenby (On Her Majesty's Secret Service, 1969) merupakan satu-satunya James Bond yang berada dalam keadaan 'melutut' semasa mengambil tembakan.

Roger Moore memberikan wajah baru dalam adegan ini; menggunakan kedua-kedua belah tangan, bermula filem Live and Let Die, 1973.

Roger Moore memberikan wajah baru dalam adegan ini; menggunakan kedua-kedua belah tangan, bermula filem Live and Let Die, 1973.

Timothy Dalton melakonkan watak James Bond bermula 1987 dalam The Living Daylights.

Timothy Dalton melakonkan watak James Bond bermula 1987 dalam The Living Daylights.

Pierce Brosnan memberikan wajah baru dengan membuat tembakan dalam keadaan berdiri tegak. Warna merah darah juga ditukarkan menjadi lebih gelap.

Pierce Brosnan memberikan wajah baru dengan membuat tembakan dalam keadaan berdiri tegak. Warna merah darah juga ditukarkan menjadi lebih gelap.

Sekali lagi adegan ini diperbaharui dengan darah yang lebih bersifat 3-D, tanpa adegan berjalan ke arah tengah skrin.

Sekali lagi adegan ini diperbaharui dalam Casino Royale dengan darah yang bersifat 3-D, tanpa adegan berjalan ke arah tengah skrin.

2. Kebiasaannya, dalam kebanyakan filem, James Bond akan mempunyai satu sesi taklimat bersama-sama Q, iaitu orang yang bertanggungjawab menyediakan segala kelengkapan dan gadget yang diperlukan oleh James Bond. Biasanya, adegan ini penuh dengan lawak jenaka, dengan sikap Bond yang suka bermain-main dengan alatan milik Q. Setakat ini, sudah empat orang pelakon melakonkan watak Q ini.

Quartermaster

Q : Quartermaster

3. Filem ini juga pastinya mempunyai adegan kejar-mengejar menggunakan kenderaan. Bukan sekadar kereta, adegan ini juga melibatkan kapal terbang, jet, bas, trak, kereta kebal dan hoverkraf seperti dalam Die Another Day. Banyak jenis kereta telah digunakan oleh James Bond, namun model yang paling kerap digunakan ialah Aston Martin DB5 dalam filem Goldfinger, Thunderball, GoldenEye, Tomorrow Never Dies dan Casino Royale.

Aston Martin DB5

Aston Martin DB5

4. Filem James Bond pasti ada adegan ‘pre-title sequence’, di mana ada aksi di awal cerita yang ada kaitan dengan filem tersebut (ataupun kadangkala tiada kaitan langsung). Biasanya, aksi-aksi ini dihidangkan sebagai ‘set induksi’ bagi menarik minat penonton.

5. Kelainan filem ini juga terletak pada ‘title sequence’nya sebagai pembukaan filem, yang biasanya menampilkan gambar-gambar wanita (haha!) dalam keadaan yang sangat provokatif, tetapi imejnya dikaburkan atau diwarnakan. Satu-satunya filem yang tidak menampilkan ‘title sequence’ bentuk berahi ini ialah Casino Royale, yang bagi saya sangat menarik!

casinoroyale_titles1

6. Kata-kata wajib oleh James Bond dalam setiap filem ialah cara memperkenalkan dirinya yang unik, berbunyi:

[My/The name is] Bond, James Bond

Satu lagi quotation yang menarik ialah :

Shaken, not stirred.

7. Sudah enam orang pelakon melakonkan filem ini, iaitu Sean Connery, Georger Lazenby, Roger Moore, Timothy Dalton, Pierce Brosnan dan Daniel Craig.

Timothy Dalton, Pierce Brosnan, Daniel Craig

Dari kiri, Atas : Sean Connery, George Lazenby, Roger Moore. Bawah : Timothy Dalton, Pierce Brosnan, Daniel Craig

Ada sesiapa ingin menulis perkara ke-8?





RX-8 Merah

12 09 2008

Peristiwa ini sudah agak lama berlalu, bulan Julai lepas rasanya, tetapi apabila saya membaca akhbar hari ini, saya tersenyum sendiri.

Sedang saya memandu di sebuah kawasan di UM, saya ternampak sebuah kereta Mazda RX-8 selang sebuah kereta di hadapan saya. Mazda RX-8 merah tersebut ingin dipandu masuk ke petak parking di tempat tersebut. Maka, seperti biasa, orang belakang (termasuk saya) terpaksa bersabar untuk beri ruang kepada pemandu tersebut membetulkan kedudukan keretanya dalam petak yang disediakan.

Nak dijadikan cerita, pemandu tersebut mengambil masa yang sangat lama! Go ahead, go astern, go ahead, go astern…. dalam 30 saat tak siap-siap. Saya yang sedang memandu Honda Accord milik Zulfadhli masih bersabar.

Akhirnya, kesabaran saya agak memuncak. Ingin sahaja menekan hon kereta. Tidak sempat saya tekan hon kereta yang saya pandu, saya sudahpun mendengar hon lain. “takpe la, tak payah hon, org lain dah honkan“. Saya lihat, kenderaan yang membunyikan hon tersebut adalah jenama Honda. Tetapi, bukan Honda Civic, Honda Accord, mahupun Honda Jazz, tetapi hanya Honda EX-5…

Mazda RX-8 dihon Honda EX-5. Gempak bukan?

Setelah selesai, saya terus berlalu. Sempat juga menjeling ke arah RX-8 tersebut, dalam hati “cantik juga no platnya!”. Dan sejak itu, ada la beberapa kali saya terjumpa Mazda RX-8 tersebut di tempat parking tersebut.

Menariknya, akhbar hari ini melaporkan, kereta itu milik seorang artis, yang juga merupakan mahasiswa UM, Fazren namanya. Saya tersenyum sendiri. Maaf ya kepada artis berkenaan! Saya takkan lupa Honda EX-5 dan Mazda RX-8 tersebut.