Dragonball

7 09 2008

Saya masih ingat, ketika di bangku sekolah, diheret sehingga melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi, satu fenomena melanda kebanyakan remaja sebaya saya ketika itu.
Image Hosted by ImageShack.us

Tidak lain, anime Dragonball yang menjadi kegilaan semua. Komik usah dikata, menjadi penantian setiap bulan sehingga edisi ke-43 jika tidak silap saya, dari watak antagonis Fliza, Cell dan Majin Buu, semuanya menjadi perbualan.

Tidak cukup dengan komik, ditonton pula diri kartunnya. Ya! Walaupun sudah mengetahui plot ceritanya, tetap juga hati ingin menonton animasinya. Jam 9.30 setiap sabtu dan ahad, semuanya sudah terpacak di hadapan televisyen untuk sama-sama nikmati aksi menarik Son Goku dan rakan-rakannya. Terima kasih Apollo kerana menaja kartun ini, haha!

Tetapi itu dulu.

Kini semuanya tinggal kenangan.

Namun apakah yang menarik minat saya untuk menulis entri ini?

Ketika menonton wayang baru-baru ini, saya terpandang satu poster. Dragonball the movie akan ditayangkan pada tahun depan. Hmmm…. saya bimbang watak kegilaan ramai ini akan ‘dirosakkan’ oleh live-action begini. Lihat sahaja bagaimana francais Streetfighter dan Super Mario Bros. diterbitkan dalam bentuk live-action yang tidak berapa menarik penonton, adakah nasib yang sama akan melanda Son Goku?

Namun, melihat kepada penerbit yang popular, none other than Stephen Chow, mungkin ia akan menjadi menarik.

Kita tunggu sahaja tayangannya tahun hadapan. Kepada rakan-rakan yang terkenang memori lama, sila tinggalkan pendapat anda ya!

p/s : bukan berniat hendak buat entri lagha di bulan mulia, sekadar ingin mengimbas memori lama… kepada bondaku, jika membaca entri ini, “… jom beli dragonball… huhu!”





Teksi Tunai

2 09 2008

Mungkin sudah ramai yang sudah tahu akan rancangan ini. Sudah lama bersiaran di Astro Prima. Layari www.teksitunai.com untuk maklumat. Bagi saya, bagus rancangan ini. Sangat bermaklumat. Kepada yang tidak tahu, rancangan ini merupakan satu gameshow di mana Bob Lokman selaku hosnya akan memandu teksi dan mengambil penumpang ke destinasi. Bezanya dengan teksi biasa, penumpang tidak perlu membayar tambang, malah berpeluang memenangi hadiah wang tunai sekiranya dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Namun, ada satu episod yang begitu menarik perhatian saya. Klipnya boleh ditonton di sini.

Kepada yang malas nak tunggu video tersebut untuk load, boleh terus baca dialog yang saya sudah ekstrakkan ini. dialog ini tidak merangkumi keseluruhan perbualan, namun cukup sekadar apa yang ingin saya highlightkan sahaja.

(siren di dalam teksi berbunyi)

Syazlina : Apa tu?
Bob : Saya nak bagitau bahawa siren tu bagitau Cik Syazlina bahawa Cik Syazlina adalah penumpang saya yang bertuah hari ni
Syazlina : Ok… nama abang sape?
Bob : Nama saya Bob Lokman (sambil tersenyum)
Syazlina : Bob Lokman…
Bob : Ya … Bob Lokman…
Syazlina : Ooo… Bob lokman… cam mana nama macam tu?
Bob : Saya bob pasal saiz saya, lokman tu ayah saya
Syazlina : Ok…

Bob : Ok… Cik Syazlina bekerja di mana
Syazlina : Kerja… pelakon… eheheh (tergedik-degik)
Bob : Aaa? Kerja pelakon (sambil menerkup mulut, terkejut) saya tak perasan…
Syazlina : Ala… (gedik) nak autograph?… hehe (gedik lagi)
Bob : Syazlina, Syazlina… saya baru nak kata macam familiar
Syazlina : Macam familiar, pernah tgk movie saya?… ahaha… (gedik)

Soalan : Apakah maksud simpulan bahasa langkah kanan
Bob : Apakah maksud simpulan bahasa langkah kanan
Syazlina : Langkah kanan?… menepikan diri…
Bob : Langkah kanan… (geram, sebab Cik Syazlina tak dapat jawab)
Syazlina : Langkah kanan?… kanan kananlah, kanan kan?
Bob : (beri pembayang) Dia kalau org tu dia tgh makan, kan? Dia baru nak makan, tiba-tiba tetamu dia sampai, sekali, tetamu dia masuk rumah dia tengok, tuan rumah tengah makan. Dia cakap “alamak, langkah kanan la” ha… apa maksudnya?
Syazlina : Langkah kanan?… lambat, terlambat…!
Bob : Waaa… okay, sepuluh ringgit yang pertama…
(syazlina dah bersorak kegirangan)
Bob : Tak, jawapan yang sebenarnya SALAH… (muka geram)
Syazlina : Ooo. Salah ek?

Kesimpulan saya :

  1. Pelakon jelita ini tidak mengenali Bob Lokman. Mungkin alasannya Bob Lokman tidak terkenal. Tidak mengapalah. Tetapi, boleh pula bertanya pada Bob Lokman, “… nak autograph?…”. Seluruh Malaysia lebih kenal Bob daripada Syazlina ini.
  2. Peribahasa mudah, tidak tahu maknanya. Langkah kanan maknanya menepikan diri. Sudah diberi pembayang, pun salah meneka. Saya tidak tahu apakah bahasa yang dibualkan di rumah. Bahasa isyarat barangkali.
  3. Gedik. Gedik. Dan gedik. Sepanjang berada dalam teksi, tidak ubah-ubah gayanya yang gedik itu.

Mungkin tidak semua artis sebegini. Namun, ia akan menjatuhkan maruah artis khususnya pelakon di mata masyarakat. Pengajaran kepada semua penulis skrip, sudah-sudahlah membuat bahasa rojak untuk menaikkan kualiti cerita (katanya). Gunakan bahasa kita, yang sarat dengan bahasa indah, agar pelakon sendiri boleh belajar peribahasa, simpulan bahasa dan macam-macam lagi. Malulah! Kalau hendak lihat sambungan video ini, sila klik di sini. Banyak lagi aksi menarik menyakitkan mata yang boleh anda saksikan. Kerana kesudahannya, beliau memberikan jawapan yang salah sebanyak tiga kali dan akhirnya, terpaksa berhenti di pertengahan jalan, dan semua wang yang dimenangi lebur. (Nota : Pihak ASTRO menyatakan yang semua penumpang dihantar ke destinasi)

Saya hendak tanya, siapa Syazlina ini? Cerita atau filem apa lakonan dia?





Transformers II : Revenge of the Fallen

19 07 2008

Pergi ke mana-mana blog, meriahnya bercerita tentang isu hangat masa kini.

Blog saya? Saya ingin alihkan perhatian pembaca pada perkara menarik yang baru saya jumpa pagi ini. Lambat juga sebenarnya.

Micheal Bay, pengarah filem yang saya kagumi akan kembali mengarahkan filem Transformers, kali ini sequelnya yang bertajuk Revenge of The Fallen.

Setelah bersiar-siar di internet tentang filem ini, banyak juga spekulasi tentang watak dan jalan cerita filem ke-9 arahan Micheal Bay ini. Ada pihak yang meramalkan kemunculan semula Megatron yang dihidupkan semula oleh Scorponox, ataupun kembalinya Starscream ke bumi dengan bala tentera Decepticons dari Cybertron.

Apa-apapun, filem ini akan ditayangkan pada Jun 2009, jadi kepada semua peminat Transformers, bersabar la ya! Tinggalkan komen anda di entri ini.

Oh. ya! Saya berkesempatan menonton Wanted tempoh hari. Tidak rugi saya pergi sejauh Jusco Cheras Selatan di Balakong…





My Name Is Remy

7 06 2008

Malam tadi saya berkesempatan untuk menonton pementasan Teater Muzikal P.Ramlee untuk kali kedua.

Berbeza dengan musim pertama dahulu, ada beberapa perubahan dari segi produksi kali ini. Antara lain, watak P.Ramlee yang dahulunya disandang oleh Sean Ghazi kini diambil alih oleh Musly Ramlee. Datuk Siti Nurhaliza yang memegang watak Azizah juga tidak dapat kembali, digantikan oleh Emelda Rosmila. Pendapat saya, Musly telah berjaya menjadikan P.Ramlee solah-olah hidup semula di Panggung Sari Istana Budaya, terutama sekali tatkala beliau membawakan lagu ‘Di Mana Kan Kucari Ganti’. Benarlah kata media, Musly memang jelmaan P.Ramlee, begitu juga Liza Hanim yang turut menghidupkan Saloma. Musly jauh lebih baik daripada Sean Ghazi. Namun, berbeza dengan watak Azizah, saya kira Emelda kurang cemerlang dengan watak itu. Mengapa? Ini adalah kerana teater muzikal ini menuntut pelakonnya mempunyai vokal yang baik untuk nyanyian. Ya, memang tidak adil untuk membandingkan nyanyian beliau (atau sesiapa sahaja) dengan nyanyian Datuk Siti, tetapi sekurang-kurangnya letaklah seorang penyanyi sebagai pengganti penyanyi. Tetapi, saya harus nyatakan di sini bahawa lakonan Emelda jauh lebih bagus berbanding Datuk Siti (wajarlah, kan?)

Dari aspek muzik, saya pada mulanya tidak mempunyai expectation yang tinggi terhadap muzik pementasan kali ini. Kenapa? Pada musim pertama, maestro muzik tersohor Erwin Gutawa buat pertama kali membawa sebuah orkestra untuk pementasan teater tempatan. Untuk edisi kali ini, tugas gubahan muzik kali ini disandang oleh Roslan Aziz yang hanya mempunyai sebelas (11) pemuzik sahaja. Apa yang saya sangka ialah muziknya tidak sehebat yang pertama. Namun, saya silap. Dengan 11 pemuzik sahaja, Roslan Aziz berjaya menghidupkan kembali bunyi muzik kumpulan orkestra Erwin dahulu. Kualiti susunan muzik beliau amat cemerlang, ternyata Roslan Aziz seorang yang hebat dalam kelasnya tersendiri. Beliau tidak perlukan sebuat orkestra untuk mencipta masterpiece yang boleh diingati. Tahniah Roslan Aziz!

Lain-lain? Banyak adegan yang ditinggalkan. Namun, pembaharuan yang menarik ialah lebih banyak lagu-lagu Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee yang diselitkan dan dinyanyikan dengan baik oleh Musly. Apa-apapun, pementasan kali ini lebih baik daripada yang pertama.

Impian saya, pementasan kali ke-3 dengan Musly sebagai P.Ramlee dan Datuk Siti sebagai Azizah, dengan muzik gabungan kreatif big band Roslan Aziz dan orkestra Erwin Gutawa. Pasti ia menjadi pementasa yang sempurna.

Oh ya, hampir terlupa. Saya menonton bersama rakan-rakan dan sahabat setia. Terima kasih buat Maisarah, Hafishah, Hidayah, Kak Cik dan Bal. Saya berkesempatan berjumpa En Reduan (UMP), abang Azerai (yang sudah kali ke-4 menonton katanya) dan sdr Azhar (pendebat USM yang kini menjalani praktikal di IB).

Rugi kepada sesiapa yang tidak dapat menonton.





Congkak

18 04 2008

Saya berkesempatan menonton congkak sebentar tadi. Trimas kepada yang mengajak.

Hmm… saya memiliki expectation yang tinggi terhadap filem ini. Maklumlah, dengan reputasi Jangan Pandang Belakang ditambah dengan promosinya yang hebat, saya mengharapkan sesuatu yang luarbiasa.

Malangnya, menonton filem congkak ibarat masuk ke sebuat rumah hantu secara beramai-ramai. Unsur kejutan sahaja yang mampu membuatkan penonton terkejut. Yang lain? Cuma adegan klise yang kadang-kadang tidak perlu ada.

Beberapa keraguan saya. Adakah menjadi budaya masyarakat melayu meletakkan gambar orang yang sudah mati di kedai? Ini bukan cerita bollywood rasanya. Keraguan lain, Nanu membeli ikan kembung dan memasak Kari Kepala Ikan?

Paling penting, tajuk Congkak nampaknya tidak menggambarkan keseluruhan cerita. Lebih baik berikan tajuk Percutian Menyeramkan ataupun Akibat Silap Rumah dan sebagainya.

Namun, di sebalik kelemahan yang saya ceritakan, kredit perlu diberi kepada produser dan pengarah kerana kualiti bunyinya sangat bermutu tinggi.

Penonton bukannya pakar filem, tetapi semua orang tahu menilai filem itu menarik ataupun tidak.





Belasungkawa : Allahyarhamah Yusni Jaafar

1 04 2008

 

Senyum dalam derita

Pagi ini, jam 2.30 am (1 April 2008), seorang pelakon veteran yang tidak asing lagi iaitu Yusni Jaafar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Pemergiannya memang saya kira suatu kehilangan. Isu Yusni Jaafar telah banyak menyentuh hati semua pihak sejak November 2006. Saya masih ingat, bagaimana beliau merintih kesedihan menyambut hari raya keseorangan pada tahun lepas.

Al-Fathihah…





P.Ramlee the Musical kembali…

26 03 2008

Semalam belek akhbar (di ruang siber), terbaca di ruang hiburan tentang pengumuman Datin Seri Tiara Jacquelina.

P. Ramlee the Musical… The Life, The Loves & The Inspiration (PRTM) akan kembali dipentaskan di Istana Budaya. Tarikhnya, dikatakan bermula 28 Mei, tidak tahulah bila akan berakhir.

PRTM

Terdapat pembaharuan di sana-sini. Paling besar, kerusi pengarah muzik yang diduduki oleh Erwin Gutawa sebelum ini akan digantikan dengan Roslan Aziz. Saya tidak tahu hendak komen apa. Kerana semasa saya menonton pementasan edisi pertama dahulu, orkestra yang ditampilkan Erwin Gutawa cukup menarik. Namun, kredibiliti Roslan Aziz tidak boleh dinafikan. Sungguhpun susunan muziknya untuk AF dahulu kurang menarik, namun hasil kerjanya semasa konsert Datuk Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall dahulu sangat mengkagumkan.

Lain-lain? Tunggu dahulu pengumuman oleh Tiara. Kita lihat siapa yang akan kembali semula ke IB. Ada desas-desus mengatakan Siti Nurhaliza tidak akan kembali kerana sudah berimej baru; bertudung. Apa masalahnya? Seingat saya, Azizah dalam PRTM pun sentiasa berselendang menutup kepala sepanjang pementasan. Kenalah dengan imej Siti kan? Tolonglah Datuk Siti, anda penyeri PRTM!

Apa-apapun, kepada yang tidak dapat menonton dalam edisi pertama dahulu, rebutlah peluang kali ini. Anda tidak akan menyesal!





Blog baru

17 01 2008

Sekian lama, ingin sekali keluar dari kepompong blog friendster yang terhad ini…
Maka, lawatlah blog saya yang terbaru.

https://aliasyraf.wordpress.com/

Untitled4





I Am Legend

14 12 2007

Entri ini bukan mengenai diri saya. Jauh sekali terdetik hendak menganggap diri ini legenda kerana tidak mahu jadi seperti watak dalam filem ini…

Khamis lalu (13 Disember), saya berkesempatan menonton di pawagam bersama-sama rakan debat yang lain. Awalnya merancang untuk menonton filem The Golden Compass,  namun niat terbantut kerana waktu kurang sesuai.

Maka dipilih pula filem I Am Legend. Untuk menyedapkan hati, saya berkata, "…filem lakonan Will Smith tiada yang mengecewakan. Merujuk kepada filem-filem beliau sebelum ini, memang tiada satu pun yang tidak mencapai box-office.

I_am_legend
Hampir dua jam di pawagam, tekaan saya memang tepat. Filem ini sangat hebat. Awal cerita, filem ini berjaya mencetuskan beberapa persoalan yang menarik untuk dijawab oleh penonton. Apa yang hendak diceritakan? Apa yang berlaku? Mengapa tiba-tiba bandar Manhattan kosong? Mana pergi manusia lain? Persoalan ini mula terjawab satu persatu sepanjang cerita ini yang mana diselitkan dengan flashback yang saya kira sangat baik susunannya. Kebiasaannya, filem-filem sebelum ini tidak berapa menarik sehingga saya sendiri boleh menumpukan perhatian pada skor muziknya semata, namun saya tidak sempat berbuat demikian pada filem ini kerana unsur suspens dan persoalannya memaksa saya berfikir dan bersedia untuk menghadapi kejutan. Zul Fadhli (Otel) di sebelah saya bertindak baik, menambah unsur kejutan dengan bertindak sebagai penggegar kerusi panggung apabila terkejut melihat Darkseeker yang muncul secara tiba-tiba.

Saya tidak begitu pandai komen tentang filem. Namun, saya syorkan pada semua, bacalah mana-mana review tentang filem ini (contohnya di Yahoo! Movies) dan tontonilah filem ini di pawagam. Bukan niat untuk terlalu taksub dengan Hollywood, namun kalau tidak mahu rugi beratur atau membayar harga tiket, tontonilah filem ini.

Korang (Otel, Luqman, Shahid, Acap, John, Zati, Zami), lengkali leh menonton sama lagi ek…





A Razak Dikritik

10 11 2007

Baru lepas membaca artikel di utusan, tentang Prof A Razak yang banyak membuat filem. Katanya, filemnya teruk.

Razak Mohaideen marah dikritik

A.RAZAK Mohaideen naik angin apabila ada orang mengkritik filemnya.
Razak mendakwa orang yang mengkritik filem arahannya sebagai yang tidak
bijak dan mengkritik dengan mengikut perasaan.

Kecoh juga jadinya apabila Razak mendakwa walaupun filemnya dikritik, kutipan mencecah jutaan ringgit.

“Kalau filem saya tak bagus, takkan ia boleh dapat kutipan berjuta
ringgit,’’ begitulah bunyinya apabila Razak naik angin. Razak juga
menolak kritikan sesetengah pihak yang mengatakan filemnya teruk. Dia
sebaliknya meminta mereka yang suka mengkritik itu haruslah juga
menyokong karyanya juga.

Siapa kata filem arahan Razak “teruk”? Mustahil seorang pensyarah
filem di UiTM menghasilkan filem yang teruk. Tambahan pula Razak antara
yang mengajar pelajar-pelajar dia bikin filem bila keluar nanti.

Nampaknya Razak memberikan kaedah baru mengukur filem. Kaedahnya
untuk mengukur filem yang baik, tengoklah berapa kutipannya. Kalau
box-office jawabnya baiklah filem itu.

Haha? Kelakar juga. Box-Office itu bukankah maknanya laris.

Situasi lain, yang laris di jalanraya itu kereta murah ataupun kereta berkualiti seperti BMW?