Senyum. Restoran.

2 02 2011

“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Skudai. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas di depannya… dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

“Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan hospital?”

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”

Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawapannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..

“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Skudai?”

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini jalan Skudai?”

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya dekat org dewasa tersebut..

“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”

“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu…

“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti anda seorang sarjana ya?” tanya pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”.





Cat

1 02 2011

Mengecat. Kelas. Makmal ICT. 4 hari berturut-turut.

Saya tahu. Biarlah tiada dalam rekod perkhidmatan yang saya menghabiskan 4 hari untuk mengecat di sekolah. Biarlah tidak akan tercatat dalam punch-card saya pukul 8.00 pagi ‘in‘, pukul 10.30 malam ‘out‘.

Biarkan. Yang penting saya puas hati.

Bagaimana agaknya Cikgu Azaman dahulu boleh berkorban melatih saya dan kawan-kawan berbahas, sehingga lewat 2.00 pagi, dan esoknya bekerja semula? Itupun beliau ada 4 orang anak pada masa itu. Saya? Bujang…

Terima kasih pada yang membantu….





Kongsi

29 01 2011

Dapat berbual dengan dia. Tentang itu. Terima kasih.

Maka aku terus mendapat suntikan semangat. Teruskan berjaya dalam kerjaya! Dorongan dan semangat rakan-rakan seperti Pn Fazilah, Pn Norfadzleen, Pn Surya (sekadar menyebut beberapa nama) sangat memberi inspirasi. Semuanya berkongsi.

Yup! Orang jawa kata, ‘Sharing is caring’. (Jangan argue dengan saya, memang orang jawa berkata ‘Sharing is caring’ pabila berkata dalam bahasa Inggeris). Untuk menunjukkan yang kita ambil berat, kita sentiasa berkongsi dengan orang itu.

Sebab itulah ibu ajak tengok kartun UP tadi, walaupun hanya 10 minit terawal. Dia seronok benar, berkongsi saat-saat menonton filem yang menyentuh perasaan itu.

Dan saya pun berkongsi fakta dengan ibu, bahawa filem Rapunzel tewas dengan Toy Story 3 dalam Golden Globe Awards baru-baru ini.

Semalam semasa memberi peralatan mengecat, tauke kedai turut berkongsi kegembiraan menyambut Tahun Baru Cina dengan memberikan limau kepada saya. Terima kasih.

Saya juga selalu berkongsi pengalaman dengan pelajar, daripada pengalaman indah menonton teater P.Ramlee The Musical di Istana Budaya, hinggalah ke pengalaman mudah dan kecil seperti menikmati sandwich Subway. (Yang dahulu ada di KOMTAR Johor Bahru).

Kadangkala berkongsi pendapat, tetapi bercanggah. Seperti kata saya yang mengatakan filem Ngangkung itu begitu bodoh, Pn Zanariah berkata pengajarannya begitu halus dan sinis, seperti babak doktor bersama pesakitnya. Saya tidak arif, itulah akibat tidak menonton sehingga ke penghujungnya. Huhu! Namun, percanggahan dan tidak selari ini bukti semua pendapat adalah subjektif pada individu.

Dan mungkin ada pihak menyatakan PhD itu lebih penting daripada gelaran Guru Cemerlang, malah ada juga yang menyatakan yang modul dan paperwork dalam pendidikan itu lebih penting daripada brainstorm kaedah penyampaian terbaik dalam P&P.

Yang penting kita berkongsi. Bagi menunjukkan prihatinnya kita pada orang lain. Bukannya berkongsi, bagi menunjukkan betapa indahnya kehidupan kita, agar dicontohi oleh orang lain. Jujurnya, saya tidak pernah lagi menyuruh anak murid saya menjadi pendebat seperti saya. Cukuplah dengan berusaha dalam bidang yang diimpikan dan dicita, itu sahaja.

Kongsilah. To get the full value of joy, you must have somebody to divide it with. Tapi jangan syok sendiri dalam berkongsi ya! Kelak mengundang nista. Dan derita.

Dulu selalu berkongsi ketawa tentang Panggilan Hangit bersama pelajar 4SN2 2009. Huhu!





Sampai Menutup Mata

22 01 2011

Entah kenapa, terdengar lagu Sampai Menutup Mata tadi, dalam kereta.

Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta..

Haha! Terasa sungguh jiwang diri ini…

Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata

Siapa yang tulis senikata lagu ini?

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Padan muka, ucap pada diri ini.





Potong rambut : L & P

20 01 2011

Versi Wanita

Wanita 1 : Oh, you potong rambut ya? Cute la!
Wanita 2 : Ye ke? I tak rasa cute la. Rasa macam tak padan. Lagi pun, belum ada artis yang potong rambut camni.
Wanita 1 : Taklah! Potongan rambutmu perfect. I pun nak potong rambut camtu tp muka I ni agak lebar. I rasa Fasha Sandha pun ada fesyen rambut cam you tau…
Wanita 2 : You serius? I rasa muka you cantik. You senang nak potong rambut macam model macam ni dan potongan rambut model tu kan lawa. I pun teringin potong seperti itu sebenarnya, tapi I takut nanti leher I nampak panjang…
Wanita 1 :  Tak juga model! I teringin nak ada leher mcm model tau! Leher macam model pasti akan membuat orang tidak melihat bahu I yang buruk ni.
Wanita 2 : You jgn bergurau! Ramai wanita yang nak bahu macam model . Semuanya sempurna. Maksud I, lihatlah lengan I, lihatlah betapa pendeknya lengan I. Jika I ada bahu mcm model, senang I nak cari baju yang sesuai.

Dan perbualan boleh berlarutan sehingga sejam…

Versi Lelaki

Asyraf  : Ali, lu potong rambut ke semalam?
Ali : Yup!





Sahabat

12 01 2011

Apakah nilai kawan? Besar, sungguh besar.

Apa pula nilai sahabat? Bagi saya, tidak ternilai harga.

Seorang rakan saya pernah berkata, jika sepasang kekasih berpisah, mungkin juga mereka masih boleh bercakap dan berbual bersama, walau sekadar teman biasa. Dan katanya lagi, jika sepasang suami isteri bercerai sekalipun, masih boleh bekerjasama, malah ada yang berhubungan seperti biasa, menjaga anak bagi yang ada. Namun, kata rakan saya itu, jika sahabat setia terputus ikatannya, nescaya kesannya amat terasa.





Terbaik

3 01 2011

Ini ialah entri suka-suka, sempena bekerja di hari pertama. Kepada yang tertera nama, jangan terasa, bergurau sahaja.

Hari pertama bekerja untuk 2011, 3 Januari.

Seronok! Sudah lama tidak berceloteh dan bercakap di hadapan audiens.

Cabaran baru? Ya, sudah tentu!

Azam baru?! Keep it to myself. Nak jadi yang terbaik, jujurnya sukar! Tetapi dapat menjadi terbaik dalam bidang tertentu, seperti datang lebih awal daripada kakak-kakak senior yang cemerlang tu boleh la… huhu! Sorry ya Pn Azliana dan Pn Fazilah! Persona lebih laju kot! Haha!





All Is Well

1 01 2011

Selamat tahun baru 2011.

All is well. Yup! Semuanya baik. Itu yang saya harapkan untuk tahun ini.

Kata-kata ‘all is well’ ini saya petik daripada sebuah filem yang saya tonton. 3 Idiots. Di Astro Fiesta saluran 110. Bagi saya, semua guru-guru di Malaysia perlu menonton filem ini. Dan ia banyak memberikan inspirasi kepada saya untuk memulakan tugas sebagai seorang guru pada sesi 2011 ini.

Dan kepada semua pelajar, selamat kembali! Bersama kita capai matlamat!

Oh ya! Pagi tadi saya bertugas sebagai pengerusi majlis untuk taklimat pelajar baru. Saya titipkan sekali kata-kata renungan di akhir ucapan saya. Dan saya ingin kongsi dengan semua, moga bermanfaat.

Children Learn What They Live
If children live with criticism, they learn to condemn.
If children live with hostility, they learn to fight.
If children live with fear, they learn to be apprehensive.
If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves.
If children live with ridicule, they learn to feel shy.
If children live with jealousy, they learn to feel envy.
If children live with shame, they learn to feel guilty.
If children live with encouragement, they learn confidence.
If children live with tolerance, they learn patience.
If children live with praise, they learn appreciation.
If children live with acceptance, they learn to love.
If children live with approval, they learn to like themselves.
If children live with recognition, they learn it is good to have a goal.
If children live with sharing, they learn generosity.
If children live with honesty, they learn truthfulness.
If children live with fairness, they learn justice.
If children live with kindness and consideration, they learn respect.
If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those about them.
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.

Excerpted from the book CHILDREN LEARN WHAT THEY LIVE
©1998 by Dorothy Law Nolte and Rachel Harris





144 kalahkan 127

30 12 2010

Ada seorang pelajar saya menulis di facebook:

kalu msia mng,,,sume say i luv u,,,kalu kala ??lu pkir laa sndri,,,

Ya! Benar! Kalau menang, kita bersorak. Gembira. Bergegar stadium, kedai mamak dan rumah kita. Menjerit-jerit bagai nak gila.

Ya! Benar! Kalau kalah, kita mengejek, menghina. Pemain bola sepak Malaysia kaki bangku katanya.

Kenapa?

Kerana kita sayangkan bola sepak Malaysia. Itu tandanya! Bila menang, suka. Bila kalah, duka. Kita sayang bola sepak kita, saat kalah dan berjaya.

Tahniah Malaysia!

Harap ranking Malaysia di tempat 144 akan menjadi lebih baik!





Pensel dan Pemadam

17 12 2010

Pensel : Maafkan saya pemadam…

Pemadam : Kenapa? Awak ada buat salah ke?

Pensel : Maafkan saya, kerana awak sakit untuk saya. Setiap kali saya buat silap, awak pasti ada untuk saya padamkan kesilapan itu. Tetapi, tatkala kesilapan itu hilang, awak hilang sebahagian daripada diri awak. Awak semakin kecil dan mengecil setiap kali memadam kesilapan saya.

Pemadam : Itu betul. Tapi saya tak kisah. Saya memang dicipta begini. Saya memang dicipta untuk membantu awak apabila awak buat silap. Walaupun satu hari nanti, saya akan mengecil dan habis, dan awak akan cari pemadam baru, saya gembira dengan tugas saya.

Renung-renungkan, dan selamat beramal…