Maharaja Lawak, Kongsi, KL Gangster

17 06 2011

Tajuk entri ini merupakan fenomena yang melanda anak-anak murid saya.

Memetik kata-kata yang telah ditulis oleh rakan saya, Cikgu Dahlia;

nak ucapkan tahniah pada Pengarah,Pelakon,Penulis Skrip Filem KONGSI..sangat berjaya..!sebab anak-anak murid berjaya menghafal/mengulang dialog filem yang tiada motif dari apa yang diajar.. 😦
PnP berkesan dari mereka!

Benar! Saya tidak boleh menafikan kebenaran tulisan ini. Kalau dilihat, anak-anak murid saya di sekolah memang lebih mudah menghafal dialog itu semua berbanding apa yang diperkatakan di kelas.

Namun, gunakan situasi ini semua sebagai satu kekuatan, satu kelebihan. Untuk apa? Untuk menarik perhatian mereka di kelas. Sekali-sekala, selitkan dialog ini dalam sesi P&P, agar terbuka mata-mata yang mengantuk itu.

Menarik bukan, sekiranya kita marah di dalam kelas dengan menyebut, “G-R-R-R-R-R grrrrrrrrrrr….. kalau saya tambah ‘r’ lagi, habislah kamu semua!”

Bukankah menjadi guru itu perlu rajin membuat paperwork kreatif?!


Tindakan

Information

2 responses

17 06 2011
yanml

aku pon dh terikut dah….nk wat dorang segar biji mata…tak langantok je masa kau ngajar….kalu tak….ape pon tak boleh……hahahaha….

Ali : Apa pun tak boleh…. haha!

5 07 2011
pyynata

kadang-kadang perlu dan kadang-kadang tak perlu berlebihan…
sebab tu agaknya Encik FELEM David Teo tak buat cerita cina..budak melayu susah nak hafal..terbelit lidah..

(faktor komen dipengaruhi emosi pembawakan..mengah nak bercakap mengajar..anak-anak ulang skrip filem..naik darah tinggi..)

Tinggalkan komen