Diriku Pasca Tahun 2006

4 01 2007

Saya petik kembali apa yang telah ditulis di blog ini setahun yang lalu…

lembaran baru tahun 2006 aku nak buka dengan hidup baru… hidup makin matang, makin banyak cabaran dan dugaan… last year aku mulakan tahun 2005 dengan sangat seronok… aku rasa, tahun nih pun musti banyak benda yang akan berlaku yang akan merubah diri aku… walau kekadang kite tak sukakan perubahan, tp ia akan tetap berlaku…

dan saya akui memang tahun ini memang membawa seribu kenangan yang manis dan pahit…

Cameron
Januari 2006, keseronokan yang paling bermakna ialah apabila saya sekeluarga pergi ke Cameron H’lands… saya kira, ini adalah percutian paling bermakna… kemudian pada Februari 2006, berangkat ke Arau untuk menyertai Debat Terbuka Arau 2006… pentas final pertama untuk diri saya sepanjang karier sebagai pendebat di universiti ini… tidak dilupakan pengajuran Debat Naib Canselor antara kolej kediaman Universiti Malaya di Kolej ke-9…. Astarmalah, kenangan menyertai Pop Band sempena FeSeni juga mencatatkan seribu kenangan manis buat diri saya… terima kasih atas peluang yang diberi… kemudiannya meneruskan kehidupan di bulan Mac dengan menyertai Debat Terbuka ASTAR…
bersama-sama Nizam dan Bida yang sekadar layak ke suku akhir… namun ia tetap pengalaman manis sebenarnya….

Uia
Masuk ke suku tahun kedua, pergi menjadi hakim di Debat Piala Jemputan UIA… kenangan yang manis dengan pelajar dari SHAH dan sekolah-sekolah yang lain…

kemudiannya bercuti selama 2 bulan lebih dengan konflik keluarga yang teruk teramat sangat… huhuhu… cuti juga diisi dengan menyertai kem BTN untuk PM PM kolej bagi pengambilan pelajar baru…. kemudiannya pada bulan Julai, pelajar baru
mendaftar dan saya menjalani minggu Haluansiswa sebagai Pembantu Mahasiswa… juga diadakan pada masa itu ialah perlawanan akhir Piala Perdana Menteri yang melibatkan SHAH….

Kalendar debat sessi 2006/2007 bermula dengan Pertandingan Debat
Alam SekitarDas_1 2006 di USM yang mana menyaksikan pasukan Universiti Malaya yang diwakili oleh Ijan, saya dan Otel menduduki tempat kedua… bagi saya, ia suatu permulaan yang baik walaupun hakikatnya amat perit untuk menerima kegagalan bergelar johan…

ArkibOgos, bulan sambutan kemerdekaan… lantas, diadakan Pertandingan Debat Kemerdekaan 2006 di Universiti Malaya… well, I’ve chosed to be the organizing comittee…. sekali lagi pasukan UM menduduki tempat kedua dalam debat tersebut (untuk catatan, UM diwakili Ijan, Bukhary, Fifi dan Otel)….

 

Royal_1
September dijalani dengan kehidupan biasa tanpa sebarang aktiviti yang luar biasa… begitu juga dengan ramadhan… namun, kenangan manis yang tidak dapat dilupakan ialah apabila menjadi Johan Petandingan Debat Diraja 2006 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)…. terima kasih kepada yang berkenaan atas peluang yang diberi…. juga menyertai Debat Kefahaman Islam anjuran IKIM dan juga percubaan mencipta rekod Debat 100 jam tanpa henti….

Di akhir catatan ini, dapat disimpulkan bahawa memang tahun 2006 membawa pelbagai kenangan yang mengubah diri ini… paling bermakna, saya semakin tahu… Siapakah diri ini?…. Apa potensi diri?… dan kemudiannya lebih mengenali orang-orang di sekitar saya….

Diharap tahun 2007 ini turut berwarna-warni dengan pelbagai lagi pengalaman berharga… harapnya agar aktiviti tahunan tidak bersifat seperti suatu rutin…

Di sini bermula….


Tindakan

Information

One response

4 01 2007
mAiSaRaH

ali…i love to read ur bloq…hope u love to read mine to…huhuuhhu… ali sengal jgn xdtg kelas atom ok…tembak kang…hahhaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: