Selesai Cuti Sekolah

14 Jun 2009 at 5:12 pm | In Coret, Debat, Pengalaman | 2 Comments

Entri terakhir saya bertarikh 5 Mei.

Sudah lama, bukan?

Blog ini dibiarkan bersawang. Bukannya apa, sejak bekerja ni, kurang idea untuk menulis.

Kereta

JLP 6251

Setelah difikir masak-masak, selepas membuat perbandingan, akhirnya saya telah membeli sebuah kereta. Kereta pertama untuk diri saya, Proton Persona 1.6MT. Seronok juga mempunyai kereta sendiri. Kepada sesiapa yang berhajat membeli kereta pada range harag sekitar Proton Persona, saya mengesyorkan untuk anda membeli kereta ini. Boot besar, ruang luas, enjin 1.6 liter. Dalam ertia kata lain, berbaloi!

Debat dan Bahas

Saya ingin mengucapkan tahniah buat pasukan bahas BM Sek Men Agama Persekutuan Kajang atas kejayaan melayakkan diri ke pentas akhir Bahas BM PPM untuk kali kedua berturut-turut. Moga kejayaan akan bersama-sama kalian, InsyaAllah.

Buat adik-adik junior pasukan debat UM, moga kegagalan di UTM tempoh hari memberi kekuatan untuk mengembalikan kegemilangan yang telah kita sama-sama cipta. Jangan terlalu bersedih, dan moga kejayaan juga akan bersama-sama kalian, InsyaAllah. Ingat! Kita bukan sekadar ingin mengenang kegemilangan, tetapi lebih berat lagi untuk mengekalkannya.

Cuti Sekolah

lawnbowls

Cuti sekolah seperti bukan cuti. 29-31 Mei lepas, saya membawa pelajar SMK Tasek Utara ke perkhemahan tahunan di Gunung Arong. 1-3 Jun saya menghadiri kursus di Ulu Tiram. 7-11 Jun pula di Kompleks Lawn Bowl Bukit Kiara, ada kejohanan di sana. Di penghujung cuti begini, barulah boleh menarik nafas lega. Tetapi banyak kertas jawapan hendak ditanda!

Entah bilalah blog ini akan diupdate lagi. Kalian semua doakanlah agar saya diberi kekuatan (dan ilham). Kepada yang sedang berdiam diri, janganlah menyeksa diri ini. Sorry!

p/s : Semalam menonton peserta Jangan Lupa Lirik, Fahmy namanya. Sudah lama tidak melihat beliau sejak Malaysia Idol pertama…

Menilai orang atasan

5 Mei 2009 at 6:26 pm | In Coret, Suara Hati | 3 Comments

boss-and-staff

Kerajaan begitu sibuk dengan slogan baru, termasuklah ‘…prestasi diutamakan’.

Dalam perjumpaan yang telah saya hadiri minggu lepas, dicadangkan supaya guru-guru mengambil inisiatif untuk membuat sedikit soal selidik kepada pelajar, menilai guru yang mengajar kelas tersebut.

Ini perlu untuk memperbaik segala kekurangan di pihak guru yang ditanggung dan dihadapi oleh para pelajar.

Sistem ini perlu diperluas.

Bagaimana?

Saya rasa, sistem menilai pihak atasa juga perlu diperkenalkan dan diamalkan. Contohnya semasa saya belajar di Universiti Malaya dahulu. Pensyarah diberi kuasa untuk membuat penilaian ke atas pelajar; kuiz, peperiksaan, tutorial, lab report dan sebagainya. Dalam masa yang sama, di hujung semester, pelajar diberi borang soal selidik yang perlu dilengkapkan, berkenaan pensyarah tersebut dan keberkesanan serta kelemahan pengajarannya.

Dan hasil soal selidik akan terus ke unit jaminan kualiti universiti.

Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM) juga pernah mengamalkan konsep yang sama. Selama ini, panel hakim diberi kuasa untuk menilai perdebatan. Namun, semasa edisi Debat Diraja lepas, pendebat diedarkan borang kajiselidik berkenaan keberkesanan dan keputusan hakim. Bagus bukan?

Kaedah ini perlu digunakan di mana-mana. Pelajar menilai guru, guru menilai pengetua dan guru penolong kanan, staf menilai boss, rakyat menilai wakil rakyat dan sebagainya. Sedangkan makmum boleh membetulkan bacaan imam, apatah lagi situasi di luar solat berjemaah.

Jangan sampai orang atas sibuk memantau dan menilai orang bawahan sahaja, sedang diri tidak menyedari diperhatikan orang di bawahnya…

p/s : Entri ini dibuat, idea daripada konsultan debat UM, lama dahulu…

AF dan muzikal

3 Mei 2009 at 5:43 pm | In Coret, Hiburan, Suara Hati | 4 Comments

Malam tadi, konsert AF menampilkan tema yang menarik.

Semua pelajar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu dari 3 muzikal teater; Puteri Gunung Ledang, P.Ramlee dan Impak Maksima. Tiada pula terselit Sirah Junjungan, muzikal juga kan?!

Mungkin ramai di luar sana yang tidak pernah menonton muzikal-muzikal ini. Saya pun hanya menonton P.Ramlee The Musical, mendengar soundtrack PGL, dan tiada berminat menonton Impak Maksima.

Persembahan pelajar-pelajar AF memberikan satu impression baru. Pelakon-pelakon muzikal di Malaysia memang hebat dalam nyanyian.

Ambil Akim sebagai contoh, lagu ‘Titah Sultan’ lebih sedap dinyanyikan penyanyi asalnya iaitu Adlin Aman Ramlie. Begitu juga lagu ‘Katakan’ oleh Claudia, versi asalnya oleh Tiara Jacquelina jauh lebih enak didengar.

Lagu yang paling menarik perhatian saya ialah ‘Mulanya Cinta’. Lagu ini pada asalnya dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza, dengan diiringi orkestra pimpinan Erwin Gutawa semasa P.Ramlee The Musical musim pertama. Hasilnya, sangat mengujakan! Namun, semasa musim kedua pementasan muzikal ini, lagu ini dan watak Azizah dipegang oleh Emelda, yang saya rasanya nyanyiannya biasa sahaja. Namun, setelah mendengar Isma menyanyikan lagu ini, saya merasakan yang Emelda jauh lebih baik daripada Isma, atau dengan kata lain, saya tidak suka ‘Mulanya Cinta’ versi Isma.

Hafiz menyanyikan lagu P.Ramlee. Tidak berani saya ingin komen tentang masterpiece ini. Yazid dan Aishah pula biasa-biasa sahaja.

Kepada principal Tiara, bila hendak pentaskan muzikal lagi?

Alahai BMW

27 April 2009 at 1:16 pm | In Coret | 6 Comments

Nick Heidfeld

Frust sangat-sangat.

Mengapa? Kerana semalam BMW Sauber mencatatkan pencapaian yang mengecewakan.

Dengan bangganya, kedua-dua pelumba BMW Sauber memperoleh kedudukan ke-18 dan 19. Haha!

Jenson Button pula semakin unggul, sudah mencatatkan 3 kemenangan daripada empat perlumbaan. Hebat! Ternyata berkesan diffuser yang digunakan di jentera Brawn GP dan beberapa pasukan yang lain…

Diffuser

Selepas ini perlumbaan akan berpindah ke Eropah, dimulakan dengan Sepanyol rasanya. Moga BMW Sauber akan lebih baik!

Siapa sokong BMW Sauber, tinggalkan komen ya! Yang lain pun boleh juga…

Tagged oleh eddy…

21 April 2009 at 1:45 pm | In Coret | 2 Comments

Kasihan eddy, dia minta dijawab tagged yang dibuat di blognya.

Nasib beliau baik, kerna saya tiada idea untuk entri hari ini, maka saya jawab juga…

Arahan:
1)anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jngan tipu2 ek x suke…
2)bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh…
3)tag 10 people
4)that’s all…

Wallpaper di desktop saya? Beginilah rupanya…

desktop

Kenapa saya suka wallpaper ini? Haha! Kerana bagi saya, wallpaper ini sedikit sebanyak menggambarkan dunia yang telah saya lalui sepanjang 23 tahun lebih bernafas sebagai seorang manusia, yang tidak ada rasa kesal malah bersyukur atas segala pengalaman yang telah ditempuh. Kepada sesiapa yang ada di wallpaper di atas, jangan minta royalti pula! Dan buat rakan-rakan yang tiada di wallpaper tersebut, bukannya lupa, tetapi ruangnya terhad. Tapi di hati saya, ruang untuk mengingati kalian tetap ada.

Untuk pengetahuan semua, design di atas dibuat sehari selepas saya membeli laptop baru. Best!

Saya hendak tag siapa ya? Haha! Saya hendak tag seorang sahaja, boleh tak?

Cik Maisarah Razali, silalah sambung tag ini!

Bila BMW hendak takhluk?

20 April 2009 at 11:37 am | In Coret | 3 Comments

bmwsauber

Semalam diadakan perlumbaan F1 Grand Prix di China.

Hujan.

Ya, hujan. Sudah dua perlumbaan diadakan semasa hari hujan, termasuklah di Malaysia. Menonton perlumbaan semasa hujan ada menariknya; melihat kereta terbabas dan meluncur di litar.

Namun, big frustration apabila pasukan kegemaran saya, BMW Sauber masih lagi gagal untuk menyerlah. Setakat ini, pasukan yang telah mencatatkan kemenangan ialah Brawn dan Red Bull. Mana Ferrari, McLaren dan BMW? Malah, lebih teruk lagi, Ferrari masih lagi belum mencatatkan sebarang mata. Kasihan.

Tapi kejuaraan masih lagi panjang. Selepas ini, perlumbaan akan pergi ke Bahrain, sebelum mula beralih ke Eropah, sudah tentu menjanjikan suasana yang berbeza.

Album baru In-team

17 April 2009 at 4:54 pm | In Coret, Hiburan | 3 Comments

Satu album baru yang berbaloi jika dibeli.

inteam-allahu-rabbi-2009

Kumpulan nasyid In-Team telah tampil dengan album baru berjudul ‘Allahu Rabbi’.

Saya begitu tertarik untuk membuat promosi.

Mengapa? Kerana setelah sekian lama, In-Team akhirnya kembali menyatukan kesemua vokalis yang sedang dan pernah menganggotai kumpulan ini iaitu Syah, Rahim, Hazamin, Suhaimi (suami Ina Naim) dan Syam (vokalis Dehearty).

Lagu-lagunya pun sedap. Track paling saya sukai ialah Hamzah Asadullah dan Hanya Takdir (Untuk Palestin) yang mana liriknya ditulis oleh Habsah Hassan. Dalam laman web In-Team, pabila ditanya tentang adakah akan wujud lagi berunsur cinta manusia dalam album, In-Team menegaskan “tiada lagu seperti itu lagi daripada kami”.

Namun, saya lebih gembira jika narration seperti album Kasih-Kekasih, Impian Kasih dahulu diwujudkan kembali…

Maka, belilah satu hari ini!

p/s : Saya sudah seminggu menjalani alam pekerjaan. Seronok!

Posting

8 April 2009 at 11:51 pm | In Coret, Pengalaman | 12 Comments

Posting

Syukur Alhamdulillah. Berita baik ini ingin saya kongsikan dengan semua…

posting

Hidup akan mula berubah selepas ini. Selamat menempuh dunia baru untuk diri sendiri!

Tahniah

zon-tengah

Maka, sebelum lapor diri untuk berkhidmat, saya sempatlah bercuti-cuti Malaysia. Destinasi? Ke Kajang sahaja. Kanak-kanak di SMAPK sudah beberapa kali mengajak saya singgah sekolah untuk bertanya khabar, maka saya layankanlah permintaan itu. Kebetulan pula, pasukan bahas SMAPK ada pertandingan bahas SBP zon tengah. Sambil menyelam minum air.

Apa-apapun, tahniah buat pasukan bahas SMAPK. Moga sukses dalam HKSBP akan datang. InsyaAllah akan beroleh sesuatu jika tekun dan sabar!

Hadiah Posting?

Sehelai Acer Aspire 4935 untuk diri saya, setelah 2 bulan membuat survey ke atas beberapa jenama laptop yang ada. Kepada yang sedang mencari-cari laptop, model ini amat berbaloi rasanya.

Earth Hour

25 Mac 2009 at 12:30 pm | In Coret, Kongsi | 1 Comment

earth-hour-logo

28 Mac 2009, 8.30 malam.

Mungkin hampir semua sudah tahu tentang perkara ini. Mari sama-sama tunjukkan sokongan.

Tahun ini, barulah kempen WWF ini tiba di Malaysia. Ia merupakan program tahunan WWF yang dilaksanakan pada hari sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun.

Semuanya bermula pada 2007, semasa itu hanya Sydney sahaja yang melaksanakannya. Dan untuk tahun 2009, disasarkan sebanyak 81 negara merangkumi 2100 bandar akan memberi sokongan terhadap kempen ini.

Cara menyokong? Mudah sahaja. Cuma padamkan lampu dan alatan elektrik yang tidak menjadi keperluan di dalam rumah. Itu sahaja. Cadangan yang dibuat oleh WWF ialah lampu bilik, ruang tamu, lampu di luar rumah (yang tidak melibatkan keselamatan), komputer, lampu hiasan, lampu neon iklan, televisyen dan sebagainya.

Tetapi jangan lupa persediaan untuk menutup lampu rumah, seperti lampu suluh dan sebagainya. Dan pastikan juga lampu-lampu yang penting seperti di tangga dsb tidak dipadam, takut nanti ada yang terjatuh.

Hendak guna lilin? WWF mencadangkan penggunaan lilin soya atau lilin yang tidak diperbuat daripada petroleum, bebas asap, tidak toksik dsb.

Oh ya! Terlupa hendak beritahu. Mengapa ‘60′ pada logo Earth Hour ini? ‘60′ itu melambangkan 60 minit tempoh menutup lampu semasa kempen itu nanti.

Daftarlah sekarang di www.earthhour.org/malaysia

Coret-coret

23 Mac 2009 at 1:13 pm | In Coret | 7 Comments

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di blog ini. Tetapi keadaan kesihatan beberapa minggu lepas agak membataskan aktiviti sebenarnya.

Chikungunya

Bila sudah kena, barulah terasa sakitnya. Demam chikungunya ini amatlah menyakitkan. Setelah saya membuat beberapa pembacaan di internet, dan mengalami penyakit ini sendiri, kefahaman tentangnya bertambah.

Paling jelas, demam panas sehingga 40°C dan sakit di seluruh sendi. Aduh! Kalau orang muda dijangkiti, tidak mengapa. Boleh tahan sakit. Tetapi, saya tidak dapat bayangkan kalau yang sudah berumur terkena. Alamat tidak bangun dari katil la jadinya!

OIAM dan AF

Demam Chikungunya bagi saya sudah berlalu. Demam One In A Million dan Akademi Fantasia pula bermula. Seronok! Peserta OIAM memang menjanjikan sesuatu yang menarik dalam setiap persembahan. Dan jujurnya, saya sedikit teruja dengan transformasi konsert AF yang nampak lebih segar, cuma kualiti peserta sahaja yang tidak berubah. Malahan, tidak keterlaluan jikalau saya mengatakan pengritik-pengkritik AF begitu peka dan cekap menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Dalam edisi AF kali ini, salah seorang alumni UM juga turut diberi peluang untuk melakar nama. Pelajar yang saya maksudkan ialah Sobri (atau nama AFUNDInya Obri, pelik!). Rakan-rakan PM sudah tentu mengenali Sobri ni, kan? Tetapi, saya harus berkata jujur dan benar, saya merasakan yang persembahannya mengecewakan.

Tahniah Datuk Lee Chong Wei

Hiburan terbaik minggu lepas bagi saya di kaca TV ialah persembahan Datuk Lee Chong Wei di final Terbuka Switzerland. Tangan Chong Wei memang jahat! Haha! Saya sekeluarga terhibur dengan persembahan beliau. Harap akan terus berjaya menjinakkan Lin Dan selepas ini.

Semua orang kata, atlit Malaysia ada masalah psikologi berbanding atlit negara lain. Tetapi, pada pengamatan saya, Chong Wei telah berjaya menimbulkan tekana psikologi ke atas Lin Dan. Kalau tidak, takkanlah Lin Dan bertindak membaling raketnya di tepi gelanggang, kan?

PPSMI

Isu semakin hangat nampaknya. Malah, saya sendiri telah beberapa kali diprovokasi dengan isu ini.

Saya harus katakan, yang terbaik untuk pelajar sekolah ialah Bahasa Malaysia, bahasa ibunda kita sendiri. PPSMI mungkin satu kesilapan yang dibuat oleh pimpinan sebelum ini. Tetapi, pimpinan sebelum ini yang saya maksudkan, kesilapannya sebesar kejayaannya! Susah juga untuk katakan yang PPSMI ini juga akan menemui kegagalan.

Apa-apapun, kepada pejuang BM, henti-hentikanlah menentang isu PPSMI ini. PPSMI tidak akan membunuh BM. Seharusnya, pejuang BM ini lebih peka dengan keadaan industri hiburan kita yang lebih bersifat membinasa BM. Namun, A. Samad Said lebih cenderung berdemonstrasi menentang sistem pendidikan, daripada membetulkan caca-merba lirik lagu, skrip drama dan filem, dan sebagainya. Lagu “camnilah-camnilah” tu bagus ke?

Cinta Terakhir

Aiman sudah menyiapkan single terbaru, Cinta Terakhir judulnya. Saya mungkin bukan pakar muzik seperti Hafiz Hamidun yang menguruskan karier Aiman, tetapi nampaknya potensi dan kekuatan Aiman semakin pudar dan terhakis.

Semasa di Akademi Nasyid dahulu, persembahan terbaik Aiman pada pendapat saya adalah ketika beliau menyanyikan lagu Salahudin Al-Ayubi. Dengan lagu rancak, disulami dengan qasidah dan lenggok taranum, itulah yang menjadi kelebihan buat Aiman. Tetapi, Cinta Terakhir membuatkan Aiman lebih terarah kepada Pop, yang tidak pun menonjolkan kekuatan Aiman.

Tetapi, jujurnya, Cinta Terakhir adalah lagu yang sedap didengar, dengan music arrangement yang menarik. Harap Aiman kembali kepada kekuatan sebenar beliau. Jangan ulangi kesilapan “baju ular di bahu” semasa AJL dahulu.

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.