Bukan Pak Lah sahaja yang didesak…

9 04 2008

Saya telah nyatakan sebelum ini, pasti PRU-12 membawa angin perubahan pada politik kampus.

Namun saya tidak menyangka seawal ini.

Baca ini, saya petik mutakhir daripada Berita Harian online.

Majlis Perwakilan Mahasiswa UM desak YDP letak jawatan ekoran isu perkauman

KUALA LUMPUR: Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) mahu Yang Dipertuanya meletak jawatan berikutan kenyataannya yang dikatakan bersifat perkauman.

MPMUM berpendapat, Afandy Sutrisno Tanjung tidak menjalankan tugasnya dengan berkesan selain mengetepikan pendapat anggota kabinet majlis itu dalam menyuarakan pandangan untuk faedah warga universiti, kata seorang anggota Majlis Tertinggi MPMUM, Ahmad Shahir Abdul Aziz kepada pemberita di sini, hari ini.

Afandy yang memegang jawatan itu sejak dua penggal lalu dikatakan mengeluarkan kenyataan melampau sehingga menimbulkan sentimen perkauman di kalangan warga universiti dalam perutusannya melalui satu risalah dalaman, baru-baru ini.

Ahmad Shahir berkata, beberapa siri kenyataan Afandy termasuk perutusannya itu seolah-olah menunjukkan majlis itu berkiblat kepada kepentingan Melayu saja dan tidak peka kepada sentimen kaum lain.

“Sebarang kenyataan daripada Afandy sepatutnya berasaskan kepada polisi dan objektif majlis itu untuk memperjuangkan nasib mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya (UM) tanpa mengira latar belakang kaum.

“Daripada bantahan yang kami terima, kami (anggota kabinet MPMUM) sedang berusaha untuk mengadakan EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) sebelum akhir semester ini,” kata Exco Kebajikan MPMUM, Mohamad Hilman Nordin.

Mohamad Hilman berkata, undi tidak percaya adalah resolusi terakhir sekiranya Afandy gagal meletak jawatan walaupun pilihan raya MPMUM hanya dijadualkan selepas September depan. – Bernama

Saya tidak tahulah, di mana dia kenyataan berbaur perkauman yang dinyatakan oleh saudara Shahir tersebut. Mungkin saya kurang mengambil tahu tentang isu dalaman kampus yang hanya hangat semasa pilihanraya kampus sahaja.

Namun, jika benarlah perkara tersebut berlaku, Shahir hanyalah membuka pekung di dada sendiri kerana menggambarkan MPMUM mempunyai konflik dalaman. Saya takut, nanti bukan undi tidak percaya bukan sekadar untuk saudara Affandy, tetapi juga undi tidak percaya warga UM kepada majlis ini (selama ini, wujud kepercayaan ke?)

Dan Shahir juga bakal menghadapi suatu cabaran besar. Kabinet MPMUM kebanyakan dianggotai oleh wakil Aspirasi dan bukannya Pro-Mahasiswa seperti beliau. (nampak sangat kedua-dua entiti ini melanggar undang-undang pilihanraya kampus). Tidak mustahil jika undi tidak percaya terhadap beliau lebih tinggi berbanding untuk saudara Affandy.

Namun, memang benarpun Affandy (malah hampir seluruh exconya sendiri) dikatakan tidak menjalankan tugasnya dengan berkesan. Tidak percaya? Anda selak kembali manifesto setiap calon dan cari semula sama ada janji tertunai atau tidak. (saudari *****, mana tangki air dan laluan berbumbung anda?)

Pengajaran untuk Aspirasi, janganlah kita berpecah-belah. Kerana masalah dalaman itulah yang membolehkan orang-orang seperti Shahir dan penyokongnya bersorak-sorai dalam DTC semasa pengumuman keputusan pilhanraya lepas.

Persoalan di fikiran saya, saya lihat UM ini tenang sahaja, mengapa perlu ada kenyataan akhbar ini?


Tindakan

Information

12 responses

10 04 2008
sitiyaya

persoalan dipersetujui. apa pendapat pemerhati yang lain?en. asyraf, wakil mpmum datang melawat blog anda tak? teringin jugak nak dengar pendapat orang dalam….

Ali : Ada! Tapi mereka kata, perlu bermesyuarat dahulu dengan ahli majlis, baru boleh buat apa-apa statement. (professional juga mereka ini! mengalahkan artis. Haha!)

10 04 2008
liesya

clear water,dont sangka no boya en.ali..bagusla bermesyuarat dulu, kan mmg itu cara aspirasi..conference…bkn demonstrasi..kata2 ini dipetik dari mamy sewaktu isu konvo bkn di dtc..

Ali : Tiap-tiap hari kita walk dengan peacenya…

10 04 2008
Hasbie

Salam..

Saudara terima kasih atas sikap saudara yang responsif tentang isu ini..

Pergolakan,perselisihan dan silap faham yang berlaku dalam MPMUM adalah cerminan budaya kita (mahasiswa umumnya) yang terlalu berkiblatkan budaya berpuak-puak melebihi sikap objektif tentang sesuatu perkara dan isu.

Saya akui ahli PMIUM juga tidak terkecuali dalam kekurangan ini.Kita terlalu berbeza dengan teman-teman kita yang berbangsa lain.Mereka lebih matang dalam memperjuangkan isu mereka.

Pada hemat saya,kita harus segera mengubah budaya ini demi melahirkan generasi masa depan yang lebih baik.

Kami di PMIUM sentiasa bersedia menjalinkan hubungan erat dengan teman-teman orator yang diakui cukup arif tentang banyak perkara.

Semoga kelebihan yang dimiliki dapat kita gembleng bersama untuk kesejahteraan mahasiswa umumnya.

Ali : Rambut sama hitam, hati lain-lain. Falsafah pepatah ini ialah, walau berbeza sekalipun, kita tidak jauh berbeza sebenarnya…

10 04 2008
mysarah

adakah bile timbul isu ini br nk “menggembleng” tenaga bersama???
perlukah kt keruhkan ape yg telah sedia ada “berlumut??”
sy tdk rs ” mempopularkan” dr di akhbar adalah sesuatu langkah yg “hebat”…
semoga ahmad shahir ingt kata -kata ini ” WE NEED MORE THINKER THAN DEMONSTRATOR”… be s smart s DUTCH k…..

ALL THE BEST EVERYBODY!!

11 04 2008
jumapx

aiyoo…ingatkan umno jek yg bergolak…tak sangka MPMUM pun bergolak jg…meriah…hu3

letak jawatan cepat…he3

suka suasana mcm nie…barulah mencabar kredibiliti kepimpinan seseorang….he3

12 04 2008
az azhari

betul3…mane tangki air besa tuh???hehehe

15 04 2008
sitiyaya

cerita baru…ada sapa2 telah terlihat ‘vandalisme’ telah dilakukan di dinding amcal dan cafe fakulti sains?huhu…lawak la…mahasiswa mana la yang telah menyatakan rasa hati secara terbuka dan berterus terang macam ni punya gaya. lain kali, buat banner besar2 cukupla….harta benda universiti malaya ni sesungguhnya bukan mak bapak anda yang punya……

p/s: en. asyraf tak nak buat entri pasal cerita ni?hehe…..bole kita dengar lagi pandangan dari MPMUM lagi..or..PMIUM..hehe..(saya sesungguhnya tidak menunding jari ke arah mana2..jari2 saya masih lagi tersimpan kemas…sambil dikepal-kepal…jumpa saja mahasiswa ‘lantang’ tu…ingin kuhadiahkan kepadanya..hohoho..)
err..ni dikira violence ke??

16 04 2008
ilham

“Namun, memang benarpun Affandy (malah hampir seluruh exconya sendiri) dikatakan tidak menjalankan tugasnya dengan berkesan. Tidak percaya? Anda selak kembali manifesto setiap calon dan cari semula sama ada janji tertunai atau tidak. (saudari *****, mana tangki air dan laluan berbumbung anda?)”

hahaha aku tau sape tangki air 2!!!!!!
sume 2 borak ja..dima janji mu itu…politik tipu!!!!! yg kt bwh ni xdpt ape2 pn!!!!
yg untung kt atas je

18 04 2008
zainulfaqar

tahniah anak muda. teruskan usaha sehingga datang kebenaran daripada-Nya.

ZAINULFAQAR.wordpress.com

Ali : Moga pentas ini terus berwarna-warni…

18 04 2008
ack6

Tenang pun kena masuk paper gak, baru glamer..🙂

17 05 2008
Afiti

i know who is him…Affandy…knl ms g kat phimpunan mpp kt unimap…KSIANNYAaaa..

22 06 2008
Ajeem

Saya dah lama tidak melayari website idealis mahasiswa.tak sangka ada perkembangan terbaru.saya memang ada baca isu MPMUM ni di akhbar SIASAH.teringin mengulas mengenainya memandangkan saudara afandy saya kenali juga semasa program MPM Malaysia di UNIMAP.tetapi saya tidak mengulasnya di blog tetapi dengan rakan2 mahasiswa yang lain.tahniah atas usaha saudara mewujudkan halaman penulisan seperti ini.bukan senang untuk berjuang pada masa kini.saya ingin menjalinkan persahabatan dengan saudara dan mengalu-alukan melayari blog saya di http://egimbb.blogspot.com.salam perjuangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: