Mahasiswa tidur lebih peduli!

21 04 2008

Politik negara usah dicerita, memang sentiasa berwarna-warni di sana-sini. Baguslah!

Yang saya tertarik untuk tulis (dalam blog yang berhabuk ini, maklumlah musim peperiksaan) ialah hal politik kampus.

Dua minggu lepas, saya menulis entri tentang desakan untuk YDP MPMUM letak jawatan.

Selepas berlaku isu itu, pelbagai perkara berlaku (di luar pengetahuan warga kampus). Paling saya pasti, MPMUM bermesyuarat membincangkan perkara ini. Sudah tentu isi dan details mesyuarat tersebut dirahsiakan. Tidak kisahlah!

Bukan sekadar itu sahaja, tanda protes muncul di sana-sini. Di bangunan AMCAL, ada pihak melakukan vandalisme (ala-ala di pasar seni) membuat contengan di dinding “ISU KAUM : AFFANDY UNDUR”. Yang menariknya, sekejap sahaja sudah dicat semula, baguslah!

Kemudian, seorang insan penting dalam peristiwa desakan ini menghantar sms kepada saya bertanyakan adakah benar mahasiswa menyokong Affandy, ataupun cerita sokongan itu hanya rekaan semata-mata?

Jawapan saya, mudah. Saya kira lebih ramai yang tidak ambil peduli apakah yang mengalunkan semula gelombang politik kampus di musim peperiksaan ini.

Sebab itu saya katakan, Mahasiswa tidur lebih peduli. Mengapa? Selama ini, pelajar yang tidak ambil pusing politik kampus selalu dilabel oleh pihak tertentu (khususnya golongan yang rajin membuat risalah) sebagai mahasiswa tidur. Maka dalam keadaan musim peperiksaan ini, mahasiswa tidur inilah yang lebih peduli tentang core business di universiti.

Buat kem Aspirasi dan Pro-Mahasiswa (terutamanya), hentikanlah memanaskan isu ini. Tidak salah kalau saya katakan, anda semua hanya syok sendiri.

Lebih berfaedah kalau hal Pertandingan Debat Antara Sekolah 2008 di UIA diberi publisiti oleh semua (termasuklah Harakah yang tiada pun buat liputan hal-hal begini, akhbar ke namanya kalau seperti itu?).

Ada mana-mana pendebat yang bersetuju dengan saya?

Oh, terlupa! Kini, dua bekas MB Selangor telah mempunyai blognya sendiri, media alternatif penting katanya. Bilalah YDP dua penggal berturut-turut ataupun Presiden Kolej Kediaman dua penggal berturut-turut hendak mula menulis? Ingin juga semua orang mendengar kalimah dan isi bicara anda…


Tindakan

Informasi

12 responses

22 04 2008
mysarah

………gud luck 4 ur exam…

22 04 2008
mkfarhan

Mahasiswa lebih peduli tidur.haha

i)Harakah 2x sebulan:
Tak buat liputan,tak dijemput buat liputan atau tak sempat buat liputan?

ii) Ali berdebat: Orang tak beli.
Skandal Ali : Orang beli.

haha

Ali : Harakah : Tak mahu buat liputan. Orang sekarang tak membeli harakah, kerana harakahdaily.net kan ada…

23 04 2008
sweemeng

betul ali, buat pe, tiba-tiba naik issue ni. Sekarang kan exam, exam lar

23 04 2008
sweemeng

betul ali, buat pe, tiba-tiba naik issue ni. Sekarang kan exam, exam lar

23 04 2008
sweemeng

one more thing, dude, good luck in exam

23 04 2008
Insan Kerdil

wah sesi bidas membidaas nampakanya???
nak joinlah, tapi blur kejap x de idea…
uwaaaa..
oklah nak smbg study

23 04 2008
Masy2k

Kalau diamati entri ini teringat plak masakan “Ikan Siakap Masak Lima Bintang” siapa pulak yang menanggung perbelanjaanya
dah lah 2 Lesen XP pun sini yang laksanakan

24 04 2008
hilman

Iya, setuju dengan itu, mereka lebih peduli kini. Setuju juga dikatakan syok sendiri. Buat masa sekarang memang tengah berhenti. Tunggu mesyuarat lepas peperiksaan. =)

Tapi bila ada yang conteng, saya tak terlibat. Malah, saya rasa tidak wajar dinding yang diconteng, sebab orang lain yang dibenci. Yang menconteng menjaga anonymity.

Selamat Menyambut Musim Peperiksaan.

Ali : Selamat juga buat saudara Hilman. Trimas datang menyinggah!

24 04 2008
redapples

banyaknyer sindiran dlm entri ni.. hehehehehe gudlak ali!!!

p/s : org mana nak amik tahu hal debat???kite je yang beriye nak mampos berjuang utk ilmu.

Ali : Betul juga tu epal merah…

24 04 2008
penamaya

Demokrasi Ternyata Subur kini ! Alternatifnya, Blog. Mereka yang masih ‘lapuk’ adalah mereka yang selesa dengan ‘kuasa’ yang ada.
Nak kena penangan ‘ANGIN PERUBAHAN ‘ gak ni…

Ali : Kalau YB-YB di UM sekarang masih terus lapuk, memang Angin Perubahan akan melanda UM dalam pilihanraya kampus akan datang…

25 04 2008
azmi

hmm..bagus juga exam2 nieh
hho~
gud luck 4 ur exam.. 🙂

8 05 2008
ALI XY

Saya rasakan sepatutnya ada satu Anugerah untuk blogger-blogger supaya kualiti sesebuah blog dapat di ukur dan satu garis panduan tentang blog yang baik dapat di ketahui umum.

Saya ternanti-nanti satu anugerah blog yang benar-benar dapat mengubah senario blogging di Malaysia.

bilalah agaknya ye…

Kalau ada anugerah, pasti blogger setaraf dengan artis… glamour gituuuu… hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: