My Name Is Remy

7 06 2008

Malam tadi saya berkesempatan untuk menonton pementasan Teater Muzikal P.Ramlee untuk kali kedua.

Berbeza dengan musim pertama dahulu, ada beberapa perubahan dari segi produksi kali ini. Antara lain, watak P.Ramlee yang dahulunya disandang oleh Sean Ghazi kini diambil alih oleh Musly Ramlee. Datuk Siti Nurhaliza yang memegang watak Azizah juga tidak dapat kembali, digantikan oleh Emelda Rosmila. Pendapat saya, Musly telah berjaya menjadikan P.Ramlee solah-olah hidup semula di Panggung Sari Istana Budaya, terutama sekali tatkala beliau membawakan lagu ‘Di Mana Kan Kucari Ganti’. Benarlah kata media, Musly memang jelmaan P.Ramlee, begitu juga Liza Hanim yang turut menghidupkan Saloma. Musly jauh lebih baik daripada Sean Ghazi. Namun, berbeza dengan watak Azizah, saya kira Emelda kurang cemerlang dengan watak itu. Mengapa? Ini adalah kerana teater muzikal ini menuntut pelakonnya mempunyai vokal yang baik untuk nyanyian. Ya, memang tidak adil untuk membandingkan nyanyian beliau (atau sesiapa sahaja) dengan nyanyian Datuk Siti, tetapi sekurang-kurangnya letaklah seorang penyanyi sebagai pengganti penyanyi. Tetapi, saya harus nyatakan di sini bahawa lakonan Emelda jauh lebih bagus berbanding Datuk Siti (wajarlah, kan?)

Dari aspek muzik, saya pada mulanya tidak mempunyai expectation yang tinggi terhadap muzik pementasan kali ini. Kenapa? Pada musim pertama, maestro muzik tersohor Erwin Gutawa buat pertama kali membawa sebuah orkestra untuk pementasan teater tempatan. Untuk edisi kali ini, tugas gubahan muzik kali ini disandang oleh Roslan Aziz yang hanya mempunyai sebelas (11) pemuzik sahaja. Apa yang saya sangka ialah muziknya tidak sehebat yang pertama. Namun, saya silap. Dengan 11 pemuzik sahaja, Roslan Aziz berjaya menghidupkan kembali bunyi muzik kumpulan orkestra Erwin dahulu. Kualiti susunan muzik beliau amat cemerlang, ternyata Roslan Aziz seorang yang hebat dalam kelasnya tersendiri. Beliau tidak perlukan sebuat orkestra untuk mencipta masterpiece yang boleh diingati. Tahniah Roslan Aziz!

Lain-lain? Banyak adegan yang ditinggalkan. Namun, pembaharuan yang menarik ialah lebih banyak lagu-lagu Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee yang diselitkan dan dinyanyikan dengan baik oleh Musly. Apa-apapun, pementasan kali ini lebih baik daripada yang pertama.

Impian saya, pementasan kali ke-3 dengan Musly sebagai P.Ramlee dan Datuk Siti sebagai Azizah, dengan muzik gabungan kreatif big band Roslan Aziz dan orkestra Erwin Gutawa. Pasti ia menjadi pementasa yang sempurna.

Oh ya, hampir terlupa. Saya menonton bersama rakan-rakan dan sahabat setia. Terima kasih buat Maisarah, Hafishah, Hidayah, Kak Cik dan Bal. Saya berkesempatan berjumpa En Reduan (UMP), abang Azerai (yang sudah kali ke-4 menonton katanya) dan sdr Azhar (pendebat USM yang kini menjalani praktikal di IB).

Rugi kepada sesiapa yang tidak dapat menonton.


Tindakan

Informasi

7 responses

7 06 2008
mysarah

best jg…tp bile part nk abs…terlelap jap..hahha…

7 06 2008
MK Farhan

adoi..ko tengok dulu daripada aku..ni tak leh jadi ni…tak leh la aku riak dulu…ceh ceh…

Ali : Tuhan sayangi ko untuk tidak berperasaan riak. Haha!

8 06 2008
HE

alangkah seronoknya saya dpt menonton persembahan seperti ini..adakah mereka merancang untuk mengeluarkan dalam bentuk video?

8 06 2008
akunakalyangpenyayang

ali, tiket free
+g ngan family sempena cuti sekolah
+tiket yang sudah sedia ada yang dibeli awal sebulan+tiket dr cikgu chan (ingat dia tak).hahaha..best mmg best!!tp kan, chedd dah berusaha ckp penang ni utk babak kat penang tp musley tetap maintain cakap stail singapore..hurm, mgkin p.ramlee tak tau cakap penang kot!!!1

11 06 2008
masy2k

tak dapat membuat perbandingan sebab

Yang Dulu Tak Tengok Kerana Tak Berkesempatan

Yang Baru Lalu Tak Tengok Sebab Ali Tak Bawak walaupun menginap kat ………. cuma dapat menonton gerak tari hidupan liar tas bumbung

5 07 2008
SNSD

emm yg br ni x tgk tp yg dlu punya tgk la.. tp mmg best la.. rugi lak x tgk yg br ni coz akak aku kate lain gak la dgn yg dlu..

13 08 2008
Ermm..

Akhirnya aku sampai juga dalam wordpress Ali Ashraf nie. dah alama aku dapat alamatnya dari Ali Sendiri tapia aku tak ada masa nak nengok.. Sorry ye Ali? jangan majuk ek?Aku pun nak buat gak la macam Ali nie.. Dapat shareprofile dengan rakan2..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: