Rabu. Hari Rabu seperti ini, seminggu yang lepas, saya masih di Kuala Lumpur untuk Pertandingan Debat Diraja.
Sekarang, saya di Kuantan. Seperti kelaziman sebelum ini, saya memang selalu ke Kuantan. Menemani kakak saya memandu, kemudian saya pulang semula ke JB menaiki bas.
Kali ini berbeza.
Mengapa? Kerana tercatat sejarah apabila Ali Asyraf Mohamed (dengan bantuan insan tertentu) telah berjaya memujuk En Ahmad Reduan, seorg pegawai Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk membawa bersiar-siar di Kuantan. Kemeriahan jalan-jalan ini juga disertai oleh dua orang pendebat UMP, Khairul Afizan dan Mohd Adam.
Banyak gak cerita best, tetapi tidak dapatlah diceritakan sini Censored! (termasuklah Adam bercerita tentang FRU dan ‘tut’nya). Hanya saya, En Reduan, Fizan dan Adam mengetahuinya.
Hari ini, saya masih di Kuantan. Rancangnya hendak keluar bersiar-siar, tapi tidak tahu hendak ke mana. Student UMP bercuti, kalau tidak, mesti lebih meriah.
Sebenarnya, banyak lagi yang ingin saya ceritakan kehidupan dan liku sepanjang penglibatan saya dalam arena debat intervarsiti di blog ini. Sedikit demi sedikit, akan saya tunaikan.
Apa-apapun, thanks to En Ahmad Reduan, Khairul Afizan dan Mohd Adam (serta insan di Melaka itu) for making my trip to Kuantan a memorable one…
Berbalik kepada tajuk entri, aaaa lu pikirlah sendiri….
ehm….semakin rindu..semakin sayang….
hargai segalanya selagi ia masih disisi…huhu…
^_^…
Pandainya buat super impose masa kecik, versi muslimah dan la ni…..
Ali : Sengal sungguh!
Kalau rindu pada debat, lampiaskan rindu itu dalam debat integriti 2009. Akan berlangsung kurang dua bulan dari sekarang. 🙂
Kalau rindu pada ‘tut’ — itu saya tak masuk campur. Kenalah cari sendiri ubatnya.
Ali : Dr ada ubat die tak?
rindu dengan insan di melaka??
Ali : Pikir sendiri!
nyanyi jer la lagu ‘Bila Terasa Rindu’ Dafi.
“baik punyer…”
ya . integriti di umt. februari