Belek-punya-belek, ternampak satu kenyataan di akhbar. Harga surcaj akan naik sebanyak 30%.
Saya tidak paham apa itu surcaj yang dikenakan, tetapi apa yang saya dan semua orang faham ialah harga tiket bas naik.
Saya faham, harga bahan api naik. Maka kerajaan pun mengambil tindakan menaikkan harga tiket bas. Alangkah indahnya hidup jika bas berlumba-lumba memberi tiket murah seperti tiket penerbangan MAS dan AirAsia ataupun seperti syarikat telekomunikasi yang juga bersaing memberikan yang terbaik.
Namun, bukan itu isunya.
Isu yang ingin saya ketengahkan ialah keadaan di puduraya yang haru-biru. Ketepikan soal infrastruktur, kerana kerajaan sedang berjimat-cermat dalam keadaan sekarang. Apa yang saya hairan ialah hal pengurusan di puduraya.
Banyak kali media mendedahkan tentang isu ulat tiket. Teruk! Penumpang tertipu dengan harga yang mahal dan bas yang tiada kualitinya. Malah, ada yang terpaksa berjalan sejauh ke menara maybank untuk mendapatkan bas yang lebih buruk daripada bas sekolah.
Kalau yang terkena itu seperti saya, tidak mengapalah. Namun, warga tua yang tidak punya kudrat juga terpaksa mengikut telunjuk ulat-ulat ini ke hulu dan ke hilir semata-mata untuk naik bas yang diarahkan.
Lebih buruk lagi, pelancong asing turut terkena perkara yang sama. Harga tiket usah kata, mungkin dikenakan berlipat ganda. Imej negara akan tercalar, patutlah kerajaan tidak umumkan Tahun Melawat Malaysia 2008 berjaya ataupun tidak, kerana perkara ini turut menyumbang sama.
Di akhirnya, saya seru kepada pihak yang berkenaan, tolonglah kami warga pengguna. Bukan kami tidak berilmu kepenggunaan, tetapi dalam masa 10 minit sebelum menaiki bas, berhadapan dengan ulat-ulat yang kami tidak boleh jangka panas barannya, apalah kudrat kami.
Seruan saya kepada yang lain, belilah tiket dari syarikat-syarikat yang sudah menggunakan teknologi komputer spt Transnasional, MARAliner, Konsortium, KKKL, Causeway Link dan berbagai-bagai lagi. Mungkin nasib anda akan menjadi lebih baik dengan sistem ini.
Nasib baik naik hanya 1 bulan sahaja. Itu pun sepanjang musim perayaan.
p/s : saya tidak mengunakan perkhidmatan bas ekspress, jd x pernah rasa ulat tue duk kacao2.
hahaha
hahaha.. kesian…
nasib baik kat toronto ni takde
budaya ulat-berulat ni..
kan bagus kat toronto~~
hhwhhwh
Sy bkn nk komen psl tiket…cume nk ckp,awk jgn terasa hati psl story sy td eh….I wan to share everyting with u..I hope u don mind k….realy miss u alot…wallpaper sy pun ade gmbar mr -Ali acerap-hehe…take care my dear…^_^….(komen through I touch)…..huhu