Pendapat tentang PRU-12

10 03 2008

Kini, bukan sekadar undian AF ataupun One In A Million sahaja yang boleh membuat kejutan. Pilihanraya Umum ke-12 membuktikan pangkahan kertas undi juga mampu memberi kezzzutan (bak kata Aznil)

Banyak keputusan luar dugaan yang kita dengar. Saya tidak mahu komen kesemuanya. Sudah banyak bloggers membincangkan perkara tersebut. Yang menarik saya untuk memberikan sedikit pandangan hanya beberapa isu.

D Shahrir

Dato’ Shahrir Samad (Parlimen Johor Bahru)  gagal mempertahankan rekod majoriti tertinggi yang dicatatnya pada 2004. Dalam edisi kali ini, beliau hanya memperoleh majoriti sebanyak 25,349 undi berbanding 46,792 yang dicatatkan pada 2004. Untuk rekod, setakat yang saya peroleh, Teresa Koh (DAP, Parlimen Seputeh) memperoleh majoriti terbesar dengan catatan 36,492.
 Nenek Maimun hilang wang pertaruhannya setelah hanya mencatatkan  685 undi.Kasihan, namun saya tetap kagum dengannya. Biarlah katanya sudah serik, tetapi mungkin itulah kenangan indah sepanjang hidup. Pada masa ini, ramai pihak sedang berusaha membantu Tok Mon untuk memperoleh semula perbelanjaannya untuk berkempen tempoh hari. Klik di sini untuk mengetahui caranya.

Kekalahan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil mengecewakan saya. Benar, BN perlu wake-up call. Namun gara-gara Pak Lah, Shahrizat terkena tempiasnya. Bukannya beliau tidak membawa apa-apa perubahan pada Lembah Pantai ini, malah banyak yang telah beliau lakukan. Isu golongan bawahan setinggan, beliau turun padang. Isu golongan elit Bukit Bandaraya, beliau turut serta. Kesudahannya? Kalah dengan Nurul Izzah, muka baru yang belum berbuat apa-apa perubahan di L.Pantai, namun sudah diangkat menjadi wakil. Jelas, undian rakyat Malaysia bukannya berdasarkan prestasi individu, tetapi lebih kepada sentimen terhadap parti. Ayat Shahrizat yang perlu direnungi bersama, “… dengan ini secara rasminya saya serahkan kawasan ini kepada beliau…“. Ternyata beliau sayang akan kawasan yang diwakilinya selama tiga penggal ini. Kepada Nurul Izzah, jangan sia-siakan kepercayaan rakyat!

Sikap parti bertanding cukup menjengkelkan saya. Kerana apa? Apabila BA sudah berjaya membentuk kerajaan di beberapa negeri, seluruh media dan pemimpin BN sendiri melabelkan parti pembangkang membentuk kerajaan. Hello?! Parti-parti tersebut sudahpun menjadi kerajaan di negeri terbabit, usah lagi label mereka sebagai parti pembangkan, gelaran Barisan Alternatif lebih tepat rasanya. Juga kepada BA, setelah berjaya menguasai 5 negeri termasuk 4 negeri baru, terus terlupa isu pengundi hantu. Inilah dia BA, jika kalah dituduh SPR menipu, jika menang dikatakan mereka berjaya. Huh?!

Dalam analisa di Bernama TV, saya tertarik dengan kata-kata Dato’ Azman Ujang, pengerusi Bernama. Beliau berkata, keputusan PRU kali ini bukan sekadar pengajaran kepada parti BN. Ia juga merupakan pengajaran kepada semua  pengamal media. Kata beliau, “…. rakyat memberikan petunjuk bahawa mereka sudah muak dengan kempen di media…”.

Yang lain? Anda boleh baca di blog-blog lain. Saya tidak mahu ulang. Cuma harapan saya, tamparan ini boleh membuatkan BN yang terlena bangun dari tidurnya.


Tindakan

Informasi

16 responses

10 03 2008
kudozu

i’m the 1st!
yea u’re rite ali.rakyat dah bersuara.;)

10 03 2008
Pjoyz xXx

Pendapat yang sangat bagus. Syabas Ali!!!

10 03 2008
penamaya

mmg sayu lihat tahap profesional DS Shahrizat sekalipun telah kalah. Harap Izzah tidak persiakan perubahan yang diingin rakyat !

10 03 2008
Hamakakun

kuatnya rakyat bersuara..
Aku pun sebenarnya teringin nak tengok apa perubahan yang boleh BA bawak. Slalu dalam ceramah2 cambesh jek cakap..pam! pum!..
so boleh ar buktikan pasni..jangan negara lingkop terus sudah…kuikui

10 03 2008
kipp

” Inilah dia BA, jika kalah dituduh SPR menipu, jika menang dikatakan mereka berjaya. Huh?!”

Walaupun aku penyokong B.A, tapi ada betulnya kata ko tu….

Ali : Tahniah kerana rasional. PAK-dah-le-LAH…. huhu!

11 03 2008
d|L

as i said earlier kan encik ali, im natural since im not involve (or maybe can be consider as NOT YET involve) in politic. saye suke la kalau org itu pandai cakap pandai bikin. dari parti mana pun dia. yg menang tu mungkin betul lah pilihan rakyat jelata. yang kalah xyah susah payah terangkan brape banyak tahun you dah berkhidmat utk negara terchenta malaysia kita ni sebab kadang2 bertahun2 pon tak datangkan hasil nampaknya. kita yang sedia tak (atau BELUM) berkedudukan ini bekerjalah dengan betul biar siapa pun pemimpin kite jangan sampai satu hari nanti dapat notis tukar 24H pule huhu

11 03 2008
d|L

ups, ali!
please note dat namaku di blog mu ini sudah kesalahan pule. check d rite spelling kat my fs oke! nama itu lambang diri saya! huhuhu kamu bikin hatiku sedih pula…

11 03 2008
bogattjeff

bagus,mmg perlu beri pengajaran skit pada BN,asyik pada kedudukan selesa sampai lupa rakyat. tak mengapa,BN akan gigih berusaha lagi,BA pula akan berusaha mempertahankan kerusi yang sedia ada.barulah ada yin yang.. =p

11 03 2008
demang

aikkk.. kalau dah menang still kena buat statement SPR menipu ke? macam tak nak menang la pulak kan..

ada bunyi sana sini tentang SPR menipu, dapat liputan ke? fikir balik..

11 03 2008
cikf=)

“Kalah dengan Nurul Izzah, muka baru yang belum berbuat apa-apa perubahan di L.Pantai, namun sudah diangkat menjadi wakil…”

kite xkan dapat berbuat ape2 selagi tiada peluang..
pertama kali bukan x elok~
saye rase die sahaja menang kerana rupa shj,die ade basic yg kuat tentang politik~

owh…nampak sgt mcm sy bias..huhu~
kekalahan kepada p’analisa politik jugak~

11 03 2008
Masy2k

rasa-rasanya BA menguasai 5 Negeri dan juga WILAYAH PERSEKUTUAN cuma tak perlu menubuhkan kerajaan di wilayah berkenaan

11 03 2008
alberangque

” Inilah dia BA, jika kalah dituduh SPR menipu, jika menang dikatakan mereka berjaya. Huh?!”
Bukan BA tak komen tentang SPR menipu ni, ada!!! tapi manakan keluar dalam media utama spr BH, NST, Utusan dll. Lawatlah harakahdaily kan ada komen di Terengganu, Komen di Jerlun cuba cari, katanya ada hantu yang mengundi. Jangan lupa manipulasi hantu di Rembau tak lupa juga di Jeli kelantan. Tapi kena ingat anak kelantan balik cukup ramai, hinggakan satu dua malam sebelum PRU 12 dulu dekat rumah aku jalan hampir jem kerana anak kelantan balik kampung mengundi nak kaunter hantu-hantu itu

Ali : Tapi takde la pula isu hantu beramai-ramai di PP, Kedah, Perak, Selangor dan KL, kan?

11 03 2008
نورنانا

aku suka baca entri kau ni…
kau mewakili suara hati aku..

Ali : Trimas!

12 03 2008
admin

“Ali : Tapi takde la pula isu hantu beramai-ramai di PP, Kedah, Perak, Selangor dan KL, kan?”

sdr,
saya difahamkan ada beberapa petisyen akan dikemukakan oleh BA di Pulau Pinang dan Negeri Kedah. Kita tunggu dan lihat.

kemudian, saya cadangkan sdr ulas mengenai peratusan pengundi turun mengundi di Jerlun. Ada sesuatu yang menarik di situ..

Ali : Oh, yakah? kita tunggu nanti ya! SPR laporkan P5-Jerlun peratusan mengundi 99.85%? Saya baru perasan!

14 03 2008
Abu Bakar bin Mohd Tahir

Ramai memperkatakan kekalahan BN disebabkan kelemahan strategi, dan ‘over-confident‘. Salah satu kesilapan besar strategi BN berhubung rapat dengan ‘salah perkiraan’ SPR membatalkan penggunaan dakwat di hari hari terakhir sebelum pengundian. Pengumuman pemimpin tertinggi BN menyatakan ‘sokongan’ mengundang padah yang lebih parah. Perkataan ‘sokongan kepada SPR‘ dalam perkara ini, mengakibatkan pengundi ‘atas pagar’ menaruh syak yang besar SPR bersekongkol dengan BN, mungkin ‘pengundi hantu’ terlibat. Rakyat rasa tertipu dan memilih BA, dan beranggapan pihak BN akan ‘cover‘ undi mereka dengan ‘pengundi2 hantu’ ini. Pemimpin BN sepatutnya memilih perkataan ‘kita akur keputusan SPR‘ dalam pembatalan penggunaan dakwat, bukannya ‘kita sokong SPR’.

Ali : Setuju!!!

25 03 2008
atiqa

ai..salam perkenalan…mgkn ad kbnrn ap yg awk katakan…sy mmg xsetuju apabila Datuk Shahrizat kalah di L.Pantai…sepatutnya rakyat buka mata besaq2…pkla sape yg da bwk perubahan bsr…jgn undi ikut sdp mata n rase…i think izzah need more experience from datuk Shahrizat br la dia leh naik 1 hr nti…blajaq la dr org lama…

Ali : Terima kasih atiqa. Salam perkenalan juga. Nurul Izzah tu ibarat sebuah filem, belum tonton, belum tahu. Tapi disebabkan ade pelakon popular menunjanginya (dalam kes ini DSAI menunjangi N.Izzah), ramai org ingin juga menonton filem itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: