Hari ini 18 September.
Setelah lawak jenaka Anwar berlaku, ada juga peristiwa yang berlaku semalam.
PM dan TPM bertukar portfolio kementerian yang masing-masing pegang; Kem. Kewangan dan Kem. Pertahanan. Motifnya, untuk persediaan peralihan kuasa katanya. Banyak juga spekulasi yang dicetuskan oleh semua, tetapi saya tidak mahu cetuskan spekulasi di blog yang suci ini.
Akhbar hari ini, banyak berbicara tentang 16 September tempoh hari. Saya tertarik dengan satu artikel di Utusan Malaysia, tentang pendapat ahli akademik berkenaan isu itu. Untuk memudahkan semua, saya ringkaskan sahaja point-point penting yang ada.
- Penubuhan kerajaan sudahpun selesai pada 8 Mac lepas, kini hanyalah proses mentadbirnya sahaja. Mengapa perlu Anwar membuat kacau kepada pentadbiran negara?
- Anwar sudahpun dilantik menjadi ketua pembangkang. Mengapa tidak dibuktikan keberkesanan pakatan pembangkang yang dipimpinnya. Hina sangatkah kedudukan ketua pembangkang dalam sistem demokrasi Malaysia?
- Sekalipun Anwar berjaya membentuk kerajaan, kerajaan yang dibentuk adalah rapuh dan lemah, yang hanya akan menyusahkan rakyat. Cuba anda bayangkan kabinet pimpinannya, bagaimana hendak diisi ya?!
- Kegagalan Anwar mengambilalih kerajaan pada 16 September hanya akan menjadi bahan ketawa, bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, malah media seluruh dunia.
Namun, sekali lagi saya ingatkan, Anwar mengambilalih kerajaan ini tidak mustahil akan berlaku.
Anda setuju dengan saya atau tidak, terpulanglah…
kesian…yg dikejar tak dapat…yg dikendong keciciran…..
tp mayb next time bole kejar lg..huhu…so, kene berjaga juga la ek…^_^
200% agree with u sarah..
good point ali…