Nenek tercalon, PMN tidak…

24 02 2008

Seperti biasa, hari penamaan calon akan menyaksikan pelbagai perkara menarik yang berlaku. Namun, yang paling menarik perhatian saya adalah dua perkara:

Maimun

  1. Parti Mahasiswa Negara (PMN) hanya sekadar gimik apabila tiada seorang pun wakilnya bertanding baik di Kepala Batas, Jeli mahupun Semberong. Sumber harakahdaily.net melaporkan bahawa PMN dihalang daripada menghantar pencalonan di Dewan Millenium Kepala Batas. Bersungguh-sungguh saya menantikan kemunculan sebarang calonnya, namun tiada jua akhirnya. Memang gimik pilihanraya paling besar saya rasa. Apakah halatuju perjuangan PMN? Tidak dapat meletakkan calon, tiba-tiba menghantar tuntutan kepada parti-parti bertanding agar melaksanakan perkara tertentu jika menang pilihanraya.
  2. Di Parlimen Kuala Terengganu, seorang nenek bernama Maimun Yusof berumur 89 tahun menjadi calon? Entahlah. Hendak gelak pun ada juga. Nenek berumur 89 tahun menjadi calon di kawasan panas pula. Tapi, inilah yang memberi warna baru dalam pilihanraya, bukan sekadar biru dan hijau sahaja. Terdetik persoalan oleh Wan Aizu dan Judin; Apa manifesto mak cik ini?