Awalnya saya tertawa. Kini saya terharu. Undilah dia…

27 02 2008
Internet masih tiada di bilik. Oleh sebab kesuntukan masa untuk membuat entri, saya terus petik daripada sahabat saya Otel. Trimas Otel!!!
Kisah seorang nenda berusia 89 tahun yang akhirnya terkabul hajat bergelar calon pilihanraya pastinya dinanti-nanti kebanyakan pihak. Berikut adalah 3 potret gambar yang saya petik dari galeri pilihanraya website tertentu untuk menunjukkan kepada kalian, KEGIGIHAN SEORANG NENEK BERKEMPEN !
Nenda Maimun di hadapan terataknya. Mula atur strategi!

1.Nenda Maimun, 89 tahun berdiri di hadapan teratak usangnya untuk memulakan hari-hari penuh gembira yang setelah sekian lama dinantikan oleh nenek ini. Hari bergelar seorang calon PRU. Lihat penampilannya, tanpa baju kurung berlabuci (kebanyakan calon lain gemar memakai), tanpa fesyen tudung (berjambul atau bermanik) , tanpa kederaan pacuan 4 roda dan semestinya tanpa sesiapa di sisi. Nenek ini tetap tersenyum gembira memulakan langkah kempennya.

Mesra Gerai.

2.Memilih strategi ‘mesra gerai’ ! Tanpa perlu markas, tanpa perlu mikrofon. Nenda 89tahun ini menjalankan ceritera kempennya dengan menemui para pengundi dari gerai-gerai yang ada sekitar kampung halamannya. Sambil bertemu, sambil itu jualah nenda mencanang ‘ketidakpuashatian’nya kepada apa yang telah ada dan ambil kesempatan meraih undi. Agaknya, apakah manifesto insan super- veteran ini ya ?

lambaian harapan. Undi Nenek!

3. Menyusuri jalanan di kampung tercintanya, hanya berbasikal tua. Nenek ini melambai dengan penuh harapan kepada para pengundi yang ada agar ‘jangan lupa pangkah nenek ya’. Kayuhan dan lambaian nenek ini sambil tersenyum puas jelas menunjukkan betapa hati nenda ini sangat lega dan gembira akhirnya liputan aku sebagai calon menjadi kenyataan !

Dipetik dari malaysiakini – Maimun berkata, PAS mahu menjual negeri Terengganu kepada Jepun kerana lambang PAS hampir sama dengan bendera negeri matahari terbit itu. Menurutnya, beliau tidak mahu Terengganu menjadi seperti Singapura dan Pulau Pinang yang menjadi “negeri orang Cina.”

“BN pula mahu menjual negeri ini kepada orang luar dan kerana itu mereka buat bangunan tinggi supaya orang luar datang,” katanya. — mungkin ada benarnya firasat insan tua ini ?

Renunglah bersama —

Kadang-kadang dalam hidup ini, kemenangan tidak memberikan kita erti kepuasan yang sebenar. Tetapi, dapat melakukan dan melaksanakan apa yang dicita-citakan, pasti memberi nilai kepuasan yang optima. Inilah harga sebuah kesabaran dan kecekalan, Allah izinkan jua nawaitu nenda ini bergelar calon sebelum Allah menjemput diri nenda kembali ke pangkuan – Nya.

‘Percaya dan Yakin pada rezeki dan ketentuan Allah’


Tindakan

Information

7 responses

27 02 2008
some1

terharu sgt membaca entry yg terbaru ini…di sulami dgn hujan tibe2 blk dr kelas nukleas….dgn cerita terbr en ithnin bhw belakang bangunan KDK ade kubur…trs rs sayu…..huwaaaa…..nk pangkah nenek ni……

27 02 2008
Y
29 02 2008
Masy2k

Kalau X silap kali kelima baru diterima bertanding. Agak-agak berapa kali pula beliau perlu memohon menjadi ahli kelab orator ek baru diterima

3 03 2008
Qayyum

sedihnyer… nenek maimun ni mesti sorang yang berjiwa rakyat. politik die memang sure corruption free…
sedey…

Ali : Undilah Parti Tanah Melayu Bersama Islam dengan logo kunci ya!

9 03 2008
pakcik superman

terharu la ngan makcik ni… walau alasan dia bab bendera PAS serupa ngan bendera jepun tu so takut t’ganu kena jual kat jepun tu agak lawak… tapi memang terpancar keikhlasan dan corruption free nya itu

bab BN nak jual t’ganu kat orang asing tu tersangatlah bebenor nya.

9 03 2008
noorziana

kalaulah aku mengundi di KT.. dah tentu aku akan pangkah tok mun.. dah tentu dier ikhlas, bersunguh dan jujur..
sedih gak rasa biler baca tentang dier tpaksa jual tanah utk byr wang deposit pilihanraya tu..

Ali :Marilah mengumpul dana untuknya…

15 03 2008
Abu Bakar bin Mohd Tahir

Nenek Maimun mendapat lebih 600 undi dan jika undi ini dapat kepada calon PAS, Sdr Mat Sabu, beliau dapat mengalahkan BN. Calon BN seharusnya berterima kasih pada beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: