Kaji semula PPSMI : Jangan Sekadar Gimik Pilihanraya

18 02 2008

kelas.jpg

Akhbar melaporkan Pak Lah nak kaji semula Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Baguslah, sudah lama dan ramai yang minta perkara ini.

Memang PPSMI ini banyak kontroversinya. Paling selalu, isu keciciran pelajar yang dibincangkan. Hujah klise: bangsa Jepun boleh sahaja maju tanpa menggunakan BI (tidak adil letakkan perbandingan dengan negara yang pernah terlibat dengan perang dunia ini). Hujah lebih segar, angkasawan kita pun lahir daripada sistem P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia.

Cuma janganlah pengumuman Pak Lah semasa musim pilihanraya ini sekadar gimik semata-mata. Kajilah betul-betul, nilai semula pro dan kontranya.

Seorang penyair–failasuf, Maulana Muhammad Iqbal pernah bermadah: “Bangsa-bangsa lahir di tangan para penyair, tapi mereka boleh jatuh dan bangun di tangan para politikus …”


Tindakan

Information

3 responses

19 02 2008
nncr (upsi)

teruskan saja ppsmi.x payah kaji semula
byk faedahnya dari aspek masa depan
apa yg perlu cuma perkasakan BI di kalangan bakal guru
skrang teruk sket…
terutama bakal guru dari kelantan terengganu…
for me, to improve english proficiency,saya amik minor TESL,major MATH
fully support T&L Science and Maths in ENGLISH
ENGLISH is power…

Ali : Thanks. Permasalahannya di UPSI dibenarkan minor bukan dalam sains. Di UM?

19 02 2008
kipp

Mungkin bakal guru kata PPSMI ni perlu diteruskan. Tapi yang pening ialah orang yang sedang mengajar kini… lebih-lebih dari luar bandar. Jangan letakkan diri mereka di tempat kita, letakkan diri kita di tempat mereka, baru kita tahu apa yang senang dan apa yang susah.

Ali : Bukan sekadar guru. Bayangkan juga kita ini pelajar dari Ulu Tembeling.

13 02 2009
katz

saya setuju sangat hok kecek nncr (upsi)tuh. Bukankah education is a lifelong learning? kita sbg muslim dituntut utk mencari ilmu. saya tidak nampak masalah yang timbul sekiranya a person willing to learn no matter what the circumstances are. saya setuju sangat jika ppsmi diteruskan walaupun pada mulanya saya berasa sangsi dengan pelaksanaannya. yang penting sekarang ialah pendidik perlu berkorban untuk menjadikan pelajar mereka berjaya. kita perlu menangkis semua pmikiran negatif yang mana pada saya tak mendatangkan apa-apa faedah. tetapi janganlah pula kita membelakangkan bahasa tercinta kita, bahasa malaysia. bagi guru yang telah lama mengajar sains n math ini, saya sarankan gunakan la imbuhan yang diberi utk menhadiri kelas intensif bi. sekian.

Tinggalkan komen